Ad

Tuesday 12 August 2014

Beri Dollah masa, peluang’

Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Ruang dan peluang seharusnya diberikan kepada Dollah Salleh untuk membuktikan keupayaannya meskipun mencatat kekalahan pertama selaku jurulatih Harimau Malaya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kekalahan 1-4 kepada Tajikistan pada Jumaat lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk terus mengkritik pengendali yang menggantikan tempat Datuk K Rajagobal itu.

“Kita perlu beri peluang dan masa kepada Dollah sebelum membuat sebarang andaian.“Saya pun tak sempat berjumpa pemain dan Dollah lagi.Tapi saya harap mereka akan pamerkan aksi lebih baik selepas ini,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat tergempar Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)semalam.

Tengku Abdullah yang turut menggalas tugas Presiden MHC mengulas mengenai undian skuad negara di Kejohanan Piala AFF 2014 di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember.“Bagi saya kedua-dua kumpulan susah.Pasukan seperti Filipina juga pilihan, begitu juga Indonesia.Tiada pasukan lemah dalam kejohanan kali ini,” katanya.Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Singapura serta juara tiga kali, Thailand.

Sumber-My Metro online 12.8.14

No comments:

Post a Comment