Imam Besar Masjid Putra,
Putrajaya, Abdul Manaf Mat mengimamkan solat jenazah sebahagian daripada mangsa
tragedi pesawat MH17 di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravanhage, Belanda
sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat khas Malaysia Airlines,
semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Semua
saluran radio dan televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM)
akan mengumumkan masa bertafakur selama seminit antara pukul 10.45 pagi hingga
11.15 pagi esok di seluruh negara.
Menurut kenyataan akhbar
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan, tafakur itu dilakukan sempena Istiadat
Penghormatan Jenazah Tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine
pada 17 Julai lalu.
"Bersempena istiadat
penghormatan jenazah tragedi itu, tafakur selama satu minit serentak di seluruh
negara pada Jumaat antara pukul 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
"Sepanjang masa tafakur
itu, orang ramai dan pemandu kenderaan dinasihatkan supaya berhenti selama satu
minit. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lokasi yang telah ditetapkan
untuk tafakur ini adalah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan
Raja," kata kenyataan itu.
Sumber-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140822/dn_06/Tafakur-seminit-penghormatan-mangsa-MH17#ixzz3B462hY72
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment