ANGGOTA tentera mengusung
keranda dari pesawat ke kereta jenazah semasa melakukan raptai Istiadat
Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam hari ini di
Kompleks Bunga Raya di KLIA, Sepang.
Advertisement
THE HAGUE, Belanda - Selepas 37
hari nahas tragedi MH17 berlaku, kumpulan pertama jenazah rakyat Malaysia
diterbangkan pulang ke tanah air semalam dan dijadual tiba ke pangkuan keluarga
hari ini.
Kepulangan yang dinanti anggota
dan waris keluarga, rakan dan rakyat Malaysia itu merangkumi 20 jenazah yang
dihantar pulang dalam 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu.
Daripada jumlah itu, 11
merupakan jenazah mangsa beragama Islam dan selebihnya bukan beragama Islam.
Kesemuanya telah selesai
menjalani proses pengurusan jenazah mengikut kepercayaan agama masing- masing
pada lewat malam Rabu.
Sejak dikenal pasti sebagai
rakyat Malaysia sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan
Tentera Hilversum dekat sini, semua jenazah kemudian melalui lima proses
penting.
Ia melibatkan proses
mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran
penghantaran jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda bagi
jenazah dikebumi atau dibakar.
Setelah proses itu, jenazah
kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di sini,
kira-kira 90 kilometer dari Hilversum untuk menjalani pengurusan jenazah
mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Ini termasuk dibakar,
disembahyangkan atau solat jenazah yang dilaksanakan ketua agama masing-masing
dan waris keluarga.
SUMBER-KOSMO ONLINE 22.8.14
No comments:
Post a Comment