Ad

Monday 18 August 2014

3.Bincangkan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Rangka
Pengenalan
Sebelum merdeka terdapat lima jenis sistem pendidikan iaiatu Sekolah Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan Sekolah Agama.
Sistem pendidikan vernakular pula terdiri dari Sekolah Melayu, Cina , Tamil dan Inggeris.
Kesemua sekolah ini mempunyai sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang berbeza kerana penjajah tidak berminat untuk membangun dan menyatupadukan rakyat melalui pendidikan.

Sistem pendidikan di Tanah Melayu
1.Sekolah Melayu
Pendidikan agama
Sebelum pendidikan Melayu sekula diperkenalkan oleh Inggeris pendidikan orang Melayu berbentuk agama dan penggunaan Bahasa Arab diutamakan.
Pelajar diajar membaca kitab, al-Quran, Fardu Ain dan selok belok agama.
Tempat belajar di surau, madrasah dan masjid.
Tenaga pengajar imam atau guru-guru agama bergelar haji, berketurunan Sayid atau Syeikh.
Terdapat sekolah pondok di Kedah, Kelantan, Terengganu.  Melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.
Awal 1800 Abdulah Munsyi memperkayakan bahasa Melayu dengan menterjemah buku-buku Arab ke Bahasa Melayu.
Sekolah Melayu
1821 Sekolah Melayu Gelogur, cawangan Penang Free School yang diasaskan oleh R.S Hutching
1885 Sekolah Melayu Bayan , Pulau Pinang.
1856 dua buah sekolah vernakular Melayu dibuka di Singapura di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.
Peringkat awal sambutan terhadap sekolah sekular Melayu tidak memuaskan kerana menganggap sekolah sekular bertentangan dengan agama Islam.
A.M Skinner mencantum sistem pendidikan Melayu dengan dengan Sistem Pendidikan
Ciri-ciri sekolah Melayu
Hanya peringkat sekolah rendah sahaja iaitu Darjah 1 hingga Darjah 4.
Menurut Awang Had Salleh tujuan penubuhan sekolah Melayu ialah untuk mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan dan tinggal di kampung,  menghasilkan budak pejabat dan kerani rendah, menghapuskan buta huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang kaum.
2.Sekolah Vernakular Cina
Ciri-ciri sekolah Vernakular Cina.
Peringkat awal dikelola mubaligh Kristian dan kaum Cina sendiri.
1815 Sekolah Cina pertama dibuka di Melaka oleh Persatuan Mubaligh London Melaka.
Orang Cina sifat  Yap Ah Loy, Cheng Soo Leong dan Phua Choon Hiong mendirikan sekolah Cina di NNS dan NNM yang lain.
Peringkat awal sekolah Cina dikelola orang persendirian atau badan sukarela dan bersifat bebas.
3.Sekolah  Vernakular Tamil
British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India. Pendidikan Tamil secara formal di Tanah Melayu dimulakan oleh orang perseorangandan pertubuhan masyarakat India.
Perkembangan sekolah vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Orang India berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa, dan getah. Sekolah-sekolah Tamil didirikan di kawasan ladang di Seberang Perai, Pulau Pinang, dan Johor.
Sekolah-sekolah di ladang bermutu rendah dan menghadapi masalah kekurangan kemudahan dan guru yang berkelayakan. Lazimnya, guru-guru di sekolah ladang terdiri daripada kangani, penyelia ladang, atau buruh yang secara kebetulan tahu membaca.
Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Tamil dan kadangkala bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi, atau Hindi.
 Buku teks sekolah India dibawa dari India. Ianya mencerminkan sukatan pelajaran yang berunsur keindiaan.
Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untukanak-anak pekerjanya. Keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah.
Terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di bandar seperti Sekolah Thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur.
Golongan India yang kaya mampu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Hal ini membawa kepada jurang perbezaan antara orang India berpendidikan Inggeris dan berjaya dalam kerjaya dengan orang India yang miskin dan terpaksa kekal sebagai buruh di ladang atau di pelabuhan.
Sekolah Aliran Inggeris
Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu.
Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.
Tujuan kerajaan mengadakan sekolah Inggeris adalah supaya penduduk tahu membaca, menulis, dan mengira. Walau bagaimanapun, pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.
Sekolah Inggeris yang pertama didirikan di Negeri-negeri Selat digelar Sekolah Free. Sekolah ini digelar sedemikian kerana terbuka kepada semua kaum. Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Tujuan penubuhan sekolah tersebut adalah untuk melahirkan satu golongan pegawai yang cerdik, tekun, dan jujur.

Sekolah Inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu, membuat kasut, dan pakaian.
Sekolah Inggeris yang lain ialah Malacca Free School (1826) dan Singapore Free School (1834). Sekolah Inggeris yang pertama didirikan akibat desakan orang ramai ialah Victoria Institution, Kuala Lumpur. Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1893 bersempena perayaan Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria. Jumlah murid pada peringkat awal ialah 150 orang kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1925, sekolah ini dijadikan sekolah kerajaan dan kemudian dipindahkan ke Bukit Petaling pada tahun 1929.
Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Mubaligh Methodist Amerika, Gereja Anglican dan Gereja Roman Katolik Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.
Sumbangan penting sekolah mubaligh ialah kejayaan memberikan pelajaran kepada kanak-kanak perempuan. Mereka berjaya menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah. Pada akhir tahun1947, terdapat kira-kira 33 buah sekolah mubaligh untuk kanak-kanak perempuan.

Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah Sekolah Perempuan Methodist Senior, Kuala Lumprzr. Sekolah ini diserahkan kepada pihak mubaligh Methodist Amerika kerana masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar. Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti, Sekolah Lelaki Katolik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur.

      Mata pelajaran seperti nahu Inggeris, Sejarah, dan Geografi diajar di sekolah Inggeris dalam tahun ketiga. Mata pelajaran Sejarah yang diajar berdasarkan Sejarah Rom atau Britain. Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak, dan muzik Setelah Biasiswa-Biasiswa Negeri (1863), Biasiswa Queen (1885), dan Sijil Cambridge (1891) diperkenalkan, barulah sekolah Inggeris mempunyai sukatan pelajaran yang seragam.

      Sekolah Inggeris kemudiannya dimajukan menjadi sekolah rendah dan menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun bermula dengan Darjah Rendah Satu dan Dua, dan diikuti oleh Darjah Satu hingga Lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama empat tahun, iaitu Darjah Enam hingga Kelas Sijil Persekolahan. Murid-murid dalam Darjah Lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil lunior Cambridge.

      Mata pelajaran utama yang diajar ialah bahasa Inggeris, Sejarah,Kesusasteraan Inggeris, Matematik Permulaan, Ilmu Kesihatan, dan Ilmu Alam. Mata pelajaran lain turut ditawarkan tetapi bergantung kepada kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut. Misalnya, Raffles Institution telah memulakan kelas Sains mulai tahun tgzg. Kelas Sains diadakan pada hari Sabtu dan waktu petang untuk murid dari sekolah lain. Contohnya, murid dari Sekolah Tinggi Bukit Mertajam akan pergi ke Penang Free School pada setiap hari Sabtu untuk menghadiri kelas sains.Sukatan pelajaran di sekolah Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran sekolah
menengah di England. Murid dari sekolah Inggeris mempelajari Sejarah dan Geografi British serta Kesusasteraan Inggeris yang tidak berkaitan dengan orang Asia.

Kesimpulan
Secara keseluruhan terdapat lima jenis pendidikan sebelum merdeka. Sistem pendidikan verkular pula terdiri dari sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza dan  bahasa pengantar berbeza.

Tetapi kerajaan British mempunyai dasar berbeza terhadap setiap jenis sekolah.

No comments:

Post a Comment