Khamis, 14 Ogos 2014 @ 11:36 PM
KUALA LUMPUR: Bola sepak tanah
air hidup semula selepas kancah Piala Malaysia membabitkan lapan perlawanan
jelas tidak kekurangan dengan aksi, drama dan gelagat penyokong tegar yang
sentiasa mewarnai bahang cabaran.
Pusingan pertama kejohanan
edisi ke-88 itu yang bermula kelmarin dan semalam pantas membuat peminat
beralih kepada kelibat pasukan gergasi yang tidak menghampakan dengan sejumlah
21 gol dijaringkan daripada jumlah perlawanan berkenaan.
Juara bertahan, Pahang yang
masih menunjukkan ciri-ciri juara membuka kempen mereka dengan membelasah Johor
Darul Ta'zim (JDT) 11, 4-0 dalam Kumpulan A di Kuantan, kelmarin manakala juara
baru Liga Super, JDT mengekalkan rentak kemenangan dengan mengecewakan Kelantan
1-0 dalam saingan Kumpulan C di Kota Bahru.
Selangor - pasukan paling
berjaya dengan 32 kejuaraan dalam kejohanan tertua di negara - turut membuat
langkah kanan
apabila bangkit menewaskan
T-Team 2-1 di gelanggang lawan dalam perlawanan Kumpulan D.
Ketua jurulatih Pahang, Zainal
Abidin Hassan dikatakan lebih positif dalam bicaranya mengenai kemenangan
pertama
pasukan.
Pengendali skuad Tok Gajah itu
bersuara mereka mahu layak lebih awal ke peringkat suku akhir sambil memuji
komitmen anak didiknya, terutama sumbangan tenaga import - Dickson Nwakaeme dan
Matias Conti.
Rakan sejawatannya dari JDT,
Bojan Hodak pula seperti mempertahankan kemenangan ke atas The Red Warriors itu
buka berkisar kepada elemen nasib tetapi kesungguhan pemainnya mahu pulang
dengan mata penuh.
JDT yang memasang impian mahu
memburu trofi kedua selepas Liga Super mencipta kemenangan menerusi jaringan
tunggal Safiq Rahim pada minit ke-72 dan harus dianggap antara pencabar terkuat
andai rentak sama diulangi pada baki perlawanan menentang Angkatan Tentera
Malaysia dan Pulau Pinang. Kedua-dua pasukan ini seri 1-1 di Selayang.
Magis Piala Malaysia sentiasa
menggamit Selangor dan kali ini senarionya tetap sama - mahu memburu mahkota
ketika mereka adalah pasukan paling banyak mendominasi pentas elit ini.
Kelmarin, anak didik Mehmet Durakovic menewaskan tuan rumah, T-Team 2-1 dalam
Kumpulan D buat memulakan langkahan awal.
Pengendali itu Dia difahamkan
gembira atas pencapaian terpuji ini dalam perlawanan pembukaan itu apabila anak
didiknya itu bangkit dengan dua jaringan mengesahkan mata penuh.
Dalam tiga lagi perlawanan,
semalam, Perak ceria mengetepikan Kedah 2-1 di Ipoh, Sarawak benam Terengganu
3-2 di Kuching manakala PDRM menang 3-0 atasi Sime Darby di Selayang.
No comments:
Post a Comment