Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my
DOLLAH (empat dari kiri)
memberi kata-kata semangat kepada pemain-pemain Harimau Malaya pada sesi
latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.
STATUS berhubung siapa lawan
skuad Harimau Malaya pada kempen Piala Suzuki AFF 2014 yang bakal membuka
tirainya November depan sudah diketahui umum.
Pada kempen kali ini, skuad
kendalian Dollah Salleh diundi bersama tuan rumah yang juga juara bertahan, Singapura
dan Thailand dalam aksi Kumpulan B.
Misteri satu lagi pasukan dalam
kumpulan itu hanya akan terungkai sebaik berakhir pusingan kelayakan di Laos
pada Oktober depan.
Tumpuan sudah pasti terarah
kepada kemampuan skuad negara untuk menjinakkan Singapura dan Thailand dalam
kempen dwitahunan itu.
Namun, Dollah tetap merendah
diri dan menyifatkan skuad kendaliannya kekal dianggap underdog pada kempen
kali ini.
"Tidak ada yang berubah,
sama sahaja. Kedua-dua pasukan sama kuat dan dianggap pasukan pilihan.
"Bagi saya, Singapura dan
Thailand memiliki kekuatan seimbang dan tidak perlu dibezakan sama sekali.
"Kami perlu berusaha keras
kerana berada dalam 'kumpulan maut' pada kempen kali ini," katanya kepada
Kosmo! semalam.
Atas kertas, cabaran untuk mengungguli
kumpulan pastinya sukar, sekali gus tidak memberikan lebih banyak pilihan buat
skuad Harimau Malaya selain sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan
sebagai krite- ria penting untuk layak ke separuh akhir.
Namun, ia bukan keutamaan
kerana bagi Dollah apa yang lebih penting ialah bagaimana untuk merealisasikan
sasaran awal untuk menempah slot ke pentas final."Sudah tentu kami akan
berusaha memberikan yang terbaik. Jadi, persoalan itu se- patutnya tidak timbul
(sama ada muncul juara ataupun naib juara kumpulan).
"Apa yang paling penting,
kami harus berusaha sebagai satu pasukan (untuk lolos ke separuh akhir),"
kata Dollah.Harimau Malaya bakal membuka
tirai Kumpulan B berdepan juara pusingan kelayakan yang dijadualkan berlangsung
dari 22 hingga 29 November depan.Aksi Kumpulan A pula
membabitkan tuan rumah bersama yang juga juara edisi 2008 iaitu Vietnam,
Filipina, Indonesia dan naib juara peringkat kelayakan.
Aksi separuh akhir pertama
dijadualkan pada 6 dan 7 Disember manakala perlawa- nan separuh akhir kedua
bakal berlangsung pada 10 dan 11 Disember.Final pertama dan kedua pula
dijadualkan pada 17 dan 20 Disember.
Namun, pusingan kelayakan Piala
Suzuki AFF terlebih dulu akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Oktober
yang membabit- kan tuan rumah bersama Myanmar, Kemboja, Timor Leste dan Brunei.Dalam
perkembangan lain, Dollah menjelaskan, persiapan skuad kendaliannya kekal
berjalan lancar menjelang aksi persaha- batan berdepan Tajikistan di Dushanbe
malam esok.
"Cuma, pemain tampak
sedikit keletihan kerana terpaksa mengharungi perjalanan hampir 24 jam sebelum
tiba di Tajikistan (kelmarin)," jelas beliau.Ketika ini, Malaysia berada
di kedudukan ke-151 manakala Tajikistan di tempat ke-124 dalam ranking
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Sumber-KOSMO ONLINE 7.8.14
No comments:
Post a Comment