1.Bincangkan perluasan kuasa
British di Selangor pada tahun 1874. [20]
Rangka jawapan
Pendahuluan
British di Tanah Melayu sering
mencari alasan untuk campur tangan. Pada tahun t867, berlaku perang saudara di
Selangor antara pembesar- pembesar Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
pertempuran antara kongsi gelap Cina.Ini menyebabkan British berjaya meletakkan
Residennya di Selangor pada tahun 1874.
Isi-isi penting
Perang saudara (Perang Klang)
Perang saudara di Selangor
berlaku pada tahun 1867 yang melibatkan Raja Mahadi dengan Raja Abdullah.
Perang Klang berkisar atas soal
penguasaan wilayah Klang yang kaya dengan biiih timah.
Punca Perang Klang boleh
dikesan sejak awal abad ke-19 lagi.
Sultan Muhammad Shah telah
mengurniakan kawasan Klang kepada pembesar Klang, iaitu Raja Sulaiman.Apabila
Raja Sulaiman mangkat, Klang tidak diserahkan kepada anaknya, iaitu Raja
Mahadi.Sultan Abdul Samad menggantikan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1857.
Kawasan Klang diserahkan kepada
Raja Abdullah. Raja Mahadi menyerang Klang dan mengusir keluar Raja Abdullah.
Tengku Kudin dilantik oleh Sultan
Abdul Samad sebagai Wizurai Selangor untuk menamatkan Perang Klang.
Tengku Kudin meminta bantuan
dari luar termasuk British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.
Pertempuran kongsi gelap
Yap Ah Loy ialah Kapitan Cina
di Kuala Lumpur. Wakilnya, ialah Yap Ah Sze dibunuh oleh puak Kah Yeng
Chew.Ketua puak Kah Yeng Chew, iaitu Chong Chong diusir dari Kanching.
chong chong memihak kepada Raja
Mahadi manakala yap Ah
Loy memihak kepada Tengku
Kudin.
Alasan campur tangan British
Terdapat dua peristiwa yang membolehkan
Sir Andrew clarke campur tangan.
Pada bulan November 1g73,
berlaku peristiwa serangan ke atas sebuah kapal dagang Melaka berhampiran
dengan Sungai Jugra.
Lapan orang anak kapar dan penumpangnya
dibunuh. Sembilan orang Melayu diberkas. British memaksa Sultan Abdul Samad menjalankan
perbicaraan.
Pada bulan ogos 1874, berlaku
serangan lanun di Sungai Langat dan Sungai Labu.
Sir Andrew clarke menggunakan
alasan ini menempatkan J.G. Davidson sebagai Residen British dan Frank
Swettinham sebagai Penolong Residen. Tengku Kudin diiktiraf sebagai Wizurai
Selangor.
Penutup
Perselisihan antara pembesar
Melayu memberi peluang kepada British campur tangan daram politik selangor. Keadaan
ini bertambah buruk dengan penglibatan kongsi gelap. Namun, Sir Andrew clarke
menggunakan alasan perlanunanuntuk memperkenalkan sistem Residen di Selangor.
No comments:
Post a Comment