Ad

Friday 15 August 2014

Azman enggan dabik dada

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
 
PENYERANG Sime Darby, Mateo Roskam (kiri) gagal melepasi pertahanan PDRM, Rafael dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin. - UTUSAN/Nur Shazreen Zamzuri
SELAYANG - Sekali pun PDRM mudah meratah Sime Darby 3-0 dalam aksi sulung Kumpulan D Piala Malaysia kelmarin, pengendali baharu The Cops, Azman Adnan enggan mendabik dada.

Bekas bintang penyerang kebangsaan itu sebaliknya menegaskan, kemenangan pasukannya adalah hasil kerja keras serta komitmen yang ditunjukkan anak-anak buahnya.

Selesa mengambil sikap merendah diri walaupun sentuhan sulungnya selaku ketua jurulatih begitu cemerlang melalui aksi kemas dipamer pemainnya, Azman menyifatkan perjalanan PDRM dalam Piala Malaysia masih terlalu jauh.

Jelasnya, apa yang penting kejayaan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pertama telah menjadi pemangkin semangat sebelum berdepan ujian sebenar iaitu menentang Selangor, Rabu depan.

"Saya mahu memberi kredit kepada semua pemain yang mempamer semangat juang tinggi dalam perlawanan ini serta mengikut arahan taktikal yang saya arahkan.

"Saya tidak mahu katakan kemenangan yang kami capai ke atas Sime Darby begitu mudah kerana perlu diingat lawan datang dari Liga Super, manakala kami adalah pasukan Liga Perdana. PDRM turun selaku underdog sebenarnya.

"Kejayaan meraih mata penuh ke atas Sime Darby diharapkan akan menjadi motivasi buat semua pemain sebelum turun berdepan pasukan pilihan, Selangor minggu depan, " katanya.

Turun tanpa penyerang import dari Brazil, Charles Souza Chad bukan masalah besar buat The Cops yang masih berbisa melalui Ashfaq Ali, Bobby Gonzales dan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh.

Ashfaq melalui serangan pertama pada minit ke-16 berjaya membolosi gawang lawan, sebelum Bobby menambah gol kedua menerusi serangan balas.

Jaringan ketiga PDRM hadir melalui sepakan penalti selepas pengadil mendakwa bola terkena tangan pertahanan lawan, dan Ashfaq mudah mengelirukan penjaga gol Sime Darby, Mohd. Redzuan Harun.
SUMBER

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140816/su_03/Azman-enggan-dabik-dada#ixzz3AVa9EtAB © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment