LATIHAN PENGUKUHAN TEMA 2
SEJARAH MALAYSIA P3.
1.Sejauh manakah masalah
kewangan Pahang menjadi faktor pembentukan Persekutuan 1896.
Rangka jawapan
Pengenalan
-1893 Frank Swettenham mencadangkan
pembetukan pesekutuan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
-C.P Lucas mengutarakan
cadangan rasmi. Perjanjian Pesekutuan ditandatangani 1 Julai 1896.
Faktor pembentukan Persekutuan
1896
1.Masalah kewangan Pahang.
Pahang menerima sistem Residen
1888.
Kesan penentangan Datok Bahaman
menyebabkan Pahang menghadapi masalah kewangan yang teruk.
Januari 1892 Pahang meminjam
$175,000 dari Negeri-Negeri Selat.
British terpaksa menarik diri
atau menyelesaikan masalah kewangan Pahang.
C.P Lucas dan Sir Cecil
Clementi Smith yakin Pahang mempunyai kekayaan dan potensi.
Pahang tidak dapat dimajukan
kerana sistem perhubungan tidak memuaskan.
Lucas mencadangkan Pahang
miminjam dari Perak atau Selangor untuk memajukan sistem perhubungan untuk
menarik masuk pelabur.
Penubuhan persekutuan dapat
mengatasi masalah kewangan Pahang.
2.Mengurangkan kuasa Residen.
-Residen bertindak tanpa
panduan
-Gabenor NNS perlu mengawal
Residen.
-Residen berkuasa melebih
sultan dan Majlis Negeri.
-Sultan hanya berperanan dalam
soal hukum syariah dan adat.
3.Keseragaman pentadbiran
-Pentadbiran keempat buah
negeri tidak seragam.
-residen mentadbir negeri
mengikut budi bicara sendiri.
-Tiada kerjasama banyak sumber
tidak dimanafaatkan.
-Persekutuan akan menyatukan
perkhidmatan kerjaraya, kesihatan dan pendidikan.
-Persekutuan menyatukan
kekuatan pertahanan.
4.Dasar penjajahan British.
-Sejak 1890-an British
menggalakkan tanah jajahan menubuh persekutuan.
-Persekutuan berjaya di
Australia dan Afrika.
-Dasar pro persekutuan membantu
penubuhan NMB.
Kesimpulan
-Pembentukan persekutuan
membantu mengatasi masalah kewangan Pahang.
-Kuasa pembesar dan sultan
tidak dipulihkan.
No comments:
Post a Comment