Ad

Saturday 23 August 2014

Dua lagi jenazah tragedi MH17 tiba hari ini

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan dua lagi jenazah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi esok dari Amsterdam, Belanda.

Menurut beliau, dua jenazah itu ialah ketua pramugara, Mohd. Ghafar Abu Bakar serta penumpang, Ng Shi Ing dan ketibaan jenazah mereka akan diberi sambutan negara dengan istiadat ketenteraan sama seperti Majlis Perkabungan Negara, semalam.

Katanya, jenazah Mohd. Ghafar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang manakala pengurusan abu mayat Shi Ing yang beragama Buddha akan ditentukan kemudian.

“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara orang kenamaan dan pemimpin negara yang hadir pada majlis yang dijangka berlangsung selama 30 minit. Tafakur selama seminit juga diadakan esok selepas ketibaan jenazah tersebut.

“Ketibaan jenazah itu akan disambut oleh keluarga masing-masing termasuklah yang telah ke Belanda baru-baru ini untuk menguruskan jenazah terbabit," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2014 di sini hari ini.

Jelas Tiong Lai, dua jenazah itu dibawa menggunakan pesawat Boeing 777 MH19 yang mengambil masa 12 jam penerba­ngan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Belanda.

Katanya, kerajaan juga sedang menguruskan penghantaran pulang jenazah rak­yat Malaysia yang lain secara berperingkat yang dijangka tiba pada 30 Ogos ini selepas semua proses dokumentasi diselesaikan di Belanda mengikut prosedur ditetapkan.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140824/dn_02/Dua-lagi-jenazah-tragedi-MH17-tiba-hari-ini#ixzz3BGJTiFyH © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment