Ad

Saturday 2 August 2014

Bandingkan sistem pemerintahan beraja di England dan Perancis. [20]


Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang. Oleh itu, terdapat beberapa negara di benua Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Antara negara tersebut ialah England dan Perancis Pemerintahan beraja di kedua-dua buah negara ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam beberapa aspek tertenfu.

Pada masa kini, pemerintahan di England dan Perancis telah mengalami banyak perubahan besar
dan semestinya perubahan ini didorong oleh revolusi yang dicetuskan sejak abad ke-17.pertamanya, persamaan yang dapat dilihat ialah dari aspek kedudukan dan kekuasaan raja. Raja di England dan Perancis cenderung mengamalkan pemerintahan beraja mutlak. Hal ini membawa maksud raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja menguasai pemerintahan negaranya. Sebagai contoh di England, raja England berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raia atau Devine Right of Kings.

Raja Perancis pula mengatasi segala undang-undang dan baginda boleh menahan sesiapa yang disyaki menentang kerajaan. Selain itu, terdapat juga parlimen yang berfungsi untuk membantu raja dalam menguruskan pentadbiran negara. Malah, parlimen kedua-dua negara juga terbahagi kepada bahagian-
bahagian contohnya terdapat House of Lords dan House of Commons manakala parlimen Perancis terbahagi kepada tiga Estet.

Golongan bangsawan di kedua-dua negara juga mempunyai kedudukan yang kukuh dan berpengaruh.Ahli gereja dan paderi turut mempunyai kedudukan yang kukuh dan kebanyakan mereka hidup mewah. Misalnya, paderi Bishop di perancis hidup di rumah mewah dan banyak menganiaya rakyat.

 Dalam pada itu, peranan golongan bourjois turut semakin signifikan dalam pemerintahan di England dan Perancis. Umumnya mereka tidakberpuas hati dengan cara pemerintahan yang menindas mereka.
Manakala, perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas antara sistem beraja di England dan perancis adalah di England, sistem pemerintahan beraja adalah berasaskan dinasti. Terdapat dua dinasti pada zaman pemerintahan beraja mutlak di England iaitu Dinasti Tudor dan Dinasti Stuart. Berbanding dengan Perancis yang tidak mempunyai dinasti.

 Selain itu, perbezaan di antara kedua-dua negara ini turut dapat dilihat melalui prinsip yang dipugu.rg oleh raja. Misalnya di England, raja-rajta Dinasti Tudor berpegang kepada Magna
Carta ,sebuah piagam politik yang mengawal kuasa berbanding di Perancis, rajanya tidak berpegang kepada mana-mana piagam tetapi kuasa pemerintahan terletak di tangan raja Majlis Diraja dan intendant.

        Di samping itu, di England pernah berlaku pembubaranpoliti yang berpunca daripada krisis antara raja dengan ahli-ahli parlimen berhubung isu cukai. Berbeza dengan Perancis, parlimen tidak pernah dibubarkan malahan parlimen digabungkan untuk membentuk parlimen (Perhimpunan Kebangsaan). Raja-raja England turut cenderung memonopoli ekonomi sebagai contoh Raja James I memberi hak monopoli kepada syarikat disukai baginda. Tetapi raja-raja Perancis pula cenderung berbelania boros hingga menimbulkan keadaan defisit.
       Perbezaan juga dapat dilihat dari sudut kedudukan golongan bangsawan dan paderi di kedua-dua negara. Golongan bangsawan dan paderi di England tidak hidup terlalu mewah dan mereka tidak terlalu memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan. Berbanding di Perancis, golongan bangsawan dan paderi mempunyai kedudukan yang kukuh
kerana paderi menguasai institusi agama manakala golongan bangsawan mempunyai tanah yang banyak serta mendapat pelbagai keistimewaan. Hal ini dikukuhkan lagi dengan sistem
feudal masyarakat Perancis yang kompleks.

       Akhir sekali, perbezaan jelas yang dapat dilihat adalah kedudukan raja selepas revolusi.
Selepas berlakunya kompromi di antara raja dengan parlimen di England, raja England, Raja Charles II tidak disingkirkan daripada takhta dan terus memerintah berdasarkan perlembagaan. Beberapa akta digubal tetapi pada masa yang sama, raja masih lagi memerintah mengikut sistem raja berperlembagaan. Sistem tersebut kekal hingga kini. Berbeza dengan Perancis, selepas Revolusi Perancis raja masih memegang takhta mengikut sistem raja berperlembagaan namun setahun kemudian raja disingkirkan dan dihukum pancung. Sekaligus menunjukkan kedudukan berbeza yang dihadapt raja England dan Perancis selepas revolusi.

Kesimpulannya, jelaslah terdapat persamaan dan perbezaan diantara pemerintahanberaja di England dan Perancis. Sistem pemerintahan beraja di England dijatuhkan melalui Revolusi Cemerlang, menjadi Raja Berperlembagaan. Manakala, pemerintahan beraja di Perancis dijatuhkan melalui pemerintahan ganas sehingga raja dan permaisuri dijatuhkan hukuman mati. Perancis akhirnya nenjadi negara Republik.

No comments:

Post a Comment