Ad

Showing posts with label PASIR PUTEH. Show all posts
Showing posts with label PASIR PUTEH. Show all posts

Saturday, 24 September 2016

Bertarung 40 minit elak dibaham, selamatkan nyawa



TOREK SULONG  |  24 Ogos 2016 1:02 AM

SALMAH ISA menunjukkan kaki suaminya, Ibrahim Noor yang cedera
SALMAH ISA menunjukkan kaki suaminya, Ibrahim Noor yang cedera

SALMAH ISA menunjukkan kaki suaminya, Ibrahim Noor yang cedera selepas bergelut dengan buaya di Kampung Tualang Rendah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. UTUSAN/TOREK SULONG

PASIR PUTEH 23 Ogos - Seorang lelaki bertarung nyawa selama 40 minit apabila terpaksa bergelut dengan seekor buaya sepanjang dua meter yang membaham paha kanannya sebelum diseret ke tengah Sungai Gong Ketereh, di sini semalam.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 8.30 malam ketika mangsa, Ibrahim Noor, 58, bersama beberapa rakannya sedang menjala udang di sungai berkenaan.

Menurut Ibrahim, dia turun ke dalam sungai sedalam satu meter untuk membersihkan sampah yang terlekat pada jala sebelum terasa satu cengkaman kuat dan tajam di paha kanan lalu ditarik ke tengah sungai.

“Kejadian berlaku sangat pantas. Dalam keadaan cemas saya terfikir untuk bergelut termasuk menumbuk badan haiwan itu, mencucuk mata dan membuka rahangnya.

“Syukur selepas kira-kira 40 minit saya berjaya melepaskan kaki saya dari cengkaman kuat rahang haiwan itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tualang Rendah, Selising, di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, serangan itu menyebabkan kulit paha, betis dan lutut kirinya terkoyak sepanjang kira-kira 20 sentimeter kerana digigit.

“Alhamdulilah, nyawa saya masih panjang dan selamat. Rakan-rakan yang melihat kejadian itu datang membantu dan menghantar saya ke Hospital Tengku Anis untuk mendapat rawatan kecemasan,” katanya.

Ibrahim dalam pada itu memberitahu, sebulan lalu sampan dinaikinya dirempuh sesuatu objek dipercayai seekor buaya.

“Objek itu tenggelam ke dasar sungai. Mungkin ia adalah buaya yang sama," katanya sambil memberitahu kejadian manusia diserang buaya itu adalah yang pertama seumpamanya di sungai tersebut.

Sementara itu, Pengarah Ja­batan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohammad Khairi Ahmad berkata, anggota dan pegawainya sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk meninjau sungai itu.

“Kakitangan Perhilitan sudah melakukan pemantauan di persekitaran sungai berkenaan termasuk memasang perangkap dalam masa terdekat sebelum reptilia itu mengancam keselamatan penduduk dan nelayan darat di kawasan itu.

“Pihak kami juga sedang me­nimbang untuk menguruskan bantuan kepada mangsa di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas,” katanya.
- SUMBER
: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/lelaki-tumbuk-8232-cucuk-mata-buaya-1.374139#sthash.QKiOBC14.dpuf

Wednesday, 27 July 2016

Taman Mahkota penyeri bandar Pasir Puteh

ARKIB : 26/02/1998 
UNIK...binaan model sebuah masjid dengan replika al-Quran di atasnya.

Taman Mahkota yang terletak di tengah kepesatan pembangunan bandar Pasir Puteh, Kelantan, menjadi tempat yang sesuai untuk melepaskan penat dan berekreasi pada waktu petang.

Pendek kata, taman ini menjadi penyeri kepada sesiapa sahaja yang datang ke Pasir Puteh.

Terletak di pinggir laluan utama Pasir Puteh ke Kota Bharu, taman ini dipagari oleh pokok-pokok bunga yang dijaga rapi oleh kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan menarik pandangan sesiapa sahaja yang melintasinya.

Taman ini juga menyediakan gelanggang bagi remaja-remaja yang ingin bermain kasut roda. Kepada mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan bolehlah berjogging di laluan yang dibina di sekitar taman ini.

Kepada pengunjung yang berasa penat dan ingin berehat daripada kepanasan matahari, bolehlah berbuat demikian di beberapa buah wakaf yang terdapat di taman ini. Mereka boleh juga menikmati minuman dan makanan di warung berdekatan dengan taman ini.

Sebagai pelengkap kepada sebuah taman rekreasi, Taman Mahkota juga menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak bermain.

Antaranya buaian, terowong bertingkat, besi berpalang dan yang menarik terdapat sebuah gelongsor dibina daripada simen dengan bumbungnya dihiasi ukiran menarik.

Lebih menarik lagi, di tengah-tengah taman ini dihiasi dengan model sebuah masjid berbentuk empat penjuru dengan replika kitab suci al-Quran di atasnya sebagai lambang keutuhan agama Islam.

Bagi menjaga taman ini supaya sentiasa bersih dan indah, beberapa buah tong sampah disediakan oleh pihak MDPP kepada orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata sehingga boleh menjejaskan kebersihan dan keindahan taman ini.

Oleh: H.C. Lee

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm#ixzz4Fba7GCf9 © Utusan Melayu (M) Bhd