Ad

Sunday, 11 July 2021

COPA: Messi bersara?

Julai 11, 2021 @ 12:33pm



Kapten Argentina, Lionel Messi (tengah, kiri) dan Angel Di Maria (sebelah kanan Messi) bersama rakan sepasukan meraikan kejayaan memenangi Copa America di Stadium Maracana. Ini mungkin aksi terakhir Messi di peringkat antarabangsa apabila dijangka bersara selepas ini. - Foto AFP.

RIO DE JANEIRO: "Messi kata ia adalah perlawanan terakhirnya!".

Itu pendedahan dibuat wira Argentina, Angel Di Maria selepas jaringannya memberikan kemenangan 1-0 ke atas Brazil untuk menjuarai Copa America di sini, sebentar tadi.

Pemain sayap Paris Saint-Germain (PSG) itu meledak jaringan pada minit ke-22 untuk menamatkan kemarau kejuaraan negaranya pada kejohanan utama selama 28 tahun.

Di Maria berkata, Messi memberitahunya yang final Copa America adalah saat terakhirnya untuk bersinar dengan gandingan pemain itu membantu Argentina menewaskan tuan rumah, Brazil.

"Ia tidak akan dilupakan. Messi berterima kasih kepada saya dan saya berterima kasih kepadanya.

"Dia memberitahu saya ia adalah perlawanan terakhirnya, dan ia adalah perlawanan ulangan untuk final yang saya tidak dapat sertai. Ia perlu diselesaikan hari ini dan ia menjadi kenyataan," kata Di Maria yang kini mensasarkan kejayaan di Piala Dunia.1

______________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/838124/copa-messi-bersara

No comments:

Post a Comment