Ad

Monday, 5 July 2021

Liga Super jalan ‘on time’



Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

5 Julai 2021, 11:00 am

PETALING JAYA: Liga Super akan tetap bersambung pada 24 Julai biarpun Selangor dan Kuala Lumpur menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan menegaskan, buat masa ini tiada perubahan dalam jadual Liga Super, manakala tarikh baharu Liga Perdana yang ditunda akan diumum dalam beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, jika PKPD dilanjutkan dan diperluaskan ke negeri-negeri lain, pasukan yang berada di kawasan tersebut perlu bermain di venue luar seperti yang berlaku tahun lalu di mana Kedah menentang Sabah di Cheras.

Beberapa mukim di Selangor dan Kuala Lumpur kini menjalani PKPD selama 14 hari bermula kelmarin hingga 16 Julai.

Enam pasukan Liga Malaysia (Liga M) berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC, Selangor II, UiTM FC, PDRM, Petaling Jaya City (PJ City) dan Kuala Lumpur City (KL City).

Berdasarkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) PKPD yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), sebarang aktiviti sosial, ekonomi mahupun sukan tidak dibenarkan.

AB GHANI HASSAN

Tidak ada (perubahan jadual) kerana dalam SOP yang dikeluarkan MKN, liga dan latihan dibenarkan. Kecuali ada negeri dan daerah yang PKPD, sekali gus tidak dibenarkan me­ngadakan perlawanan di tempat tersebut.

PKPD akan berakhir 16 Julai dan mungkin akan ada pengumuman baharu (bergantung kepada situasi kes Covid-19) terutama di Se­langor yang melibatkan beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Keka­ngan mereka sekarang adalah tidak dapat beraksi di venue yang diumumkan PKPD, bermakna pasukan-pasukan ini terpaksa bermain di luar kawasan PKPD. Apa pun semua bergantung kepada situasi semasa.

Buat masa ini, Liga Super akan ikut jadual.

Liga Perdana kita telah tangguh di mana, sepatutnya berlangsung bulan Jun dan ditunda pada tarikh baharu yang mungkin diumumkan esok atau lusa,” katanya kepada ­Utusan Malaysia semalam.Mengenai status Piala Malaysia, Ghani menjelaskan setakat ini kejohanan itu akan berlangsung seperti dijadualkan.

Difahamkan semua pasukan Liga Super sudah menerima suntikan vaksin dan hanya tiga pasukan dalam Liga Perdana belum mengambilnya.

Mereka bagaimanapun dijangka menerima suntikan sepenuhnya akhir bulan ini.1

_________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/liga-super-jalan-on-time/

No comments:

Post a Comment