Ad

Sunday, 4 July 2021

Penyokong serbu pasaran gelap

Penyokong serbu pasaran gelap

Agensi



STADIUM Wembley hanya memuatkan 60,000 penonton pada aksi separuh akhir England menentang Denmark. FOTO AFP

London: Penyokong England beralih ke pasaran gelap untuk aksi separuh akhir menentang Denmark selepas semua 60,000 tiket di Wembley habis dijual.

Kerajaan enggan meningkatkan kapasiti melebihi 60,000 penonton seperti diumum bulan lalu walaupun England berpeluang cerah ke final pertama kejohanan utama sejak 55 tahun lalu.

Had kapasiti telah pun dua kali dinaikkan sepanjang kejohanan daripada 22,500 ketika aksi peringkat kumpulan kepada 45,000 ketika England menentang Jerman pada pusingan kedua.

FA juga diberikan 9,000 tiket separuh akhir oleh Uefa dengan kesemuanya diborong England Travel Supporters Club.

Persatuan Bolasepak Denmark (DBU) berkata 5,000 tiket untuk mereka hanya dijual kepada kepada rakyat Denmark yang tinggal di United Kingdom.

Penyokong negara itu yang mahu menaiki penerbangan ke London perlu dikuarantin 10 hari bermakna mereka bakal terlepas menyaksikan perlawanan.

DBU menyampaikan jersi Denmark dan bendera kepada penyokong mereka di England supaya dapat memberi sokongan dengan lebih meriah pada aksi separuh akhir.

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 5, 2021 @ 10:10am.1

_______________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726626/penyokong-serbu-pasaran-gelap

No comments:

Post a Comment