Ad

Wednesday 7 July 2021

Pengalaman lalu mengajar Kane

AFP



KAPTEN England Kane meraikan kemenangan pasukannya mengatasi Denmark di suku akhir Euro 2020. FOTO EPA

London: Kapten pasukan England, Harry Kane berkata pengalaman pasukannya tewas di separuh akhir Piala Dunia tiga tahun lalu membantu mereka melalui perlawanan penuh debaran menentang Denmark untuk mara ke final Kejuaraan Eropah buat kali pertama.

Kane menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan selepas sepakan penaltinya di selamatkan oleh Kasper Schmeichel yang mencetuskan sambutan liar di hadapan 64,950 penyokong di Wembley.

England ketinggalan buat kali pertama di kejohanan itu apabila Mikkel Damsgaard meledakkan gol menarik hasil sepakan percuma ke sudut gawang gol.

Namun mereka melancar serangan balas dengan Simon Kjaer menjaringkan gol sendiri selepas menerima tekanan dari Raheem Sterling.

"Kami bercakap selama ini, bercakap mengenai apa yang kami pelajari dari 2018 tapi ini mengenai apa yang dilakukan di atas padang," kata Kane.

"Kami kekal tenang dan tidak cemas.

"Perlawanan ini adalah mengenai karektor, mencari dan percaya. Ini akan memberi kami lebih kepercayaan untuk menghadapi perlawanan Ahad ini.

England akan menentang Itali pada aksi final pagi Isnin dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam satu jumlah yang besar di Wembley.

"Ia akan menjadi satu peristiwa yang luar biasa. Ketika perlawanan semakin dekat keterujuan dan debaran akan terasa," kata Kane.

"Ia akan menjadi hari yang istimewa tapi kami perlu pastikan kami berada di pihak yang menang."

Penalti kemenangan muncul dalam keadaan penuh kontroversi ketika Raheem Sterling dijatuhkan dalam kotak penalti dengan hanya sedikit kontak Joakim Maehle.

"Saya rasa ia adalah penalti. Saya juga sepatutnya turut diberi sepakan penalti pada separuh masa kedua. Ia mungkin berjaya memenangi perlawanan ini dengan lebih mudah.

Lagi berita berkaitan Euro 2020Disiarkan pada: Julai 8, 2021 @ 7:17am.1

__________________________________________-

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/727862/pengalaman-lalu-mengajar-kane

No comments:

Post a Comment