Ad

Sunday 11 July 2021

'Impian kami musnah' - Maguire

Agensi



MAQUIRE beraksi cemerlang pada edisi Euro kali ini. FOTO EPA

London: Harry Maguire mengimbas kembali kekalahan England kepada Itali pada final Euro 2020 menerusi penentuan penalti.

Bintang Manchester United itu yang mempamer aksi cemerlang untuk Three Lions sepanjang kejohanan kali ini berkata, impian skuad bimbingan Gareth Southgate musnah berikutan kekalahan itu.

England menjaringkan gol seawal minit ke-2 menerusi Luke Shaw sebelum Azzurri mendominasi separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan hasil jaringan Leonardo Bonucci.

Kedua-dua pasukan gagal menambah gol sehingga mata tambahan dan meskipun Jordan Pickford menafikan dua sepakan penalti Itali, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho gagal menyempurnakan sepakan penalti sekali gus menyaksikan Itali muncul juara.

Selepas tamat perlawanan, Maguire berkata: "Kami kecewa, terkejut dan impian kami musnah.

"Kami sudah memberikan segala-galanya. Kami menguasai separuh masa pertama dan mereka mendominasi separuh masa kedua. Masa tambahan pula seimbang.

"Apabila kemenangan ini ditentukan menerusi penentuan penalti, ia agak mengecewakan dan ini bukanlah keputusan yang kami mahukan.

"Kami mahu memenangi trofi di tempat sendiri tetapi tidak bernasib baik."

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 12, 2021 @ 10:56am.1

________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729599/impian-kami-musnah-maguire

No comments:

Post a Comment