Ad

Sunday, 4 July 2021

Bina tugu Southgate

Agensi



London: Penyokong England menggesa tugu Gareth Southgate dibina di bandar kelahirannya. Mereka melancarkan petisyen bagi menghargai jasa pengendali Three Lions di Crawley, West Sussex dengan ibu bapanya Barbara dan Clive masih tinggal di situ.

Southgate bersekolah di Hazelwick Secondary dan moto sekolah 'Effort Achieves' yang tertera di baju pelajar menjadi inspirasi kepadanya sehingga hari ini.

Dia bermain untuk pasukan bola sepak sekolah dan beraksi bersama bintang X Factor, Chico.

Petisyen itu bermula ketika Piala Dunia 2018 di Rusia yang menyaksikan England mara ke separuh akhir sudah mempunyai 1,500 tandatangan.

Petisyen itu menyebut: "Gareth membesar di Crawley  Kami percaya pihak majlis perlu mengiktiraf pencapaiannya dengan membina tugunya!"

Petisyen itu diaktifkan semula susulan kejayaan terkini pasukan England.

Jurucakap majlis berkata: "Kami sangat bangga dengan apa yang dicapai Gareth Southgate.

"Dia mempunyai anak yang membesar di sini, bersekolah dan banyak belajar ilmu bola sepak. Jadi kami mahu mengiktiraf pencapaiannya.''

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 5, 2021 @ 8:28am.1

____________________________________________


1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726608/bina-tugu-southgate

No comments:

Post a Comment