Ad

Wednesday 7 July 2021

EURO: Seni penalti Jorginho memukau

Julai 7, 2021 @ 11:00am



Pemain tengah Itali, Jorginho mengambil sepakan penalti menewaskan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon pada separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, London. - AFP

LONDON: Jorginho meledak penalti dengan seni tersendiri bagi memberikan peluang buat Itali ke final Euro 2020 pertama kali sejak 1968.

Bintang Chelsea itu memang terkenal dengan kepakaran melakukannya dan hanya segelintir berjaya menyelamatkannya apatah lagi meramalkan ke mana arah bola berkenaan akan disepak.

Sejurus sebelum itu, penalti Alvaro Morata diselamatkan yang memberikan Jorginho peluang bergelar hero negaranya.

Teknik dilakukannya adalah sempurna dengan Jorginho memberikan fokus sebenar terhadap penjaga gol dan menanti sebarang pergerakan kecil.

Dan ketika dia melihatnya, dia meledak ke gol dengan tampak begitu mudah dilakukan sebelum meraikannya dengan rakan sepasukan.

Jorginho selepas perlawanan berkata kepada Sky Sport Italia, apa yang ada di kepalanya sebelum meledak gol kemenangan itu.

"Apabila anda mengambil sepakan itu, anda merasai bebanan terlepas daripada bahu anda.

"Saya cuba melupakan semua yang berada di sekeliling saya, fokus kepada apa yang saya sudah lakukan dalam latihan, mengambil nafas yang dalam dan melakukannya," katanya.

Jorginho mencipta sensasi sepanjang kejohanan kali ini buat Itali sehingga bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memberitahu Sky Sport Italia bahawa pemain berusia 29 tahun itu layak menerima Ballon d'Or.

"Jika dia juga menang Kejohanan Eropah, dia akan meraihnya," katanya. - AGENSI.1

_____________________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/836408/euro-seni-penalti-jorginho-memukau

No comments:

Post a Comment