Ad

Saturday 13 July 2019

MOKHTAR DAHARI MENINGGAL DUNIA 1991.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 98)

Saya mengenali Mokhtar Dahari kerana minat terhadap sukan bola sepak sejak tahun 1976. Ketika itu itu saya Darjah 6 dan mewakili Pasukan Bola Sepak SK Pasir Puteh Lelaki. Saya merupakan pemain paling rendah dalam pasukan sekolah.Saya juga mewakili pasukan Hoki dan Takraw SK Pasir Puteh, Lelaki. Mulai tahun 1977 saya mula membeli Majalah Dunia Sukan dan akhbar Berita Harian untuk mengumpul berita tentang Mokhtar Dahari dan pemain bola sepak Malaysia. Ketika itu Malaysia menduduki rangking ketiga dalam Asia.

      Kali pertama saya melihat Mokhtar Dahari dari dekat ialah ketika Pasukan Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Selangor di Padang Bank, Pasir Puteh Kelantan. Ketika tahun 1980 dan saya masih belajar di Tingkatan 4 di SMK Kamil, Pasir Puteh.Kerana minat sukan kini saya menulis 56 blog Bola Sepak dan Sukan lain.[1] 

      Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari (13 November 1953 – 11 Julai 1991) AMN DSSA DIMP ialah pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.

Beliau diberikan jolokan Supermokh kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor FA dan Boca Juniors.[2]

Walaupun tidak diiktiraf di pentas antarabangsa, Mokhtar menjaringkan 175 gol untuk Selangor, 20 gol dan 13 kemunculan di Kwong Yik Bank. Kajian menunjukkan beliau mewakili negara sebanyak 167 kaps dan menjaringkan  125 gol sepanjang mewakili Malaysia dari tahun 1972-1985.Mokhtar meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah sekian lama bertarung dengan penyakit saraf.[3]


[1] Blog Bola Sepak Malaysia Ahmad bin Yaakob.
[2] https://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Dahari
[3] Ibid

No comments:

Post a Comment