Ad

Friday 5 July 2019

Kepala kuarzit Tutankhamun dilelong RM24.7 juta

DUNIA»Eropah
Jumaat, 5 Julai 2019 | 8:07am
 
Kepala Firaun terkenal Mesir, Tutankhamun yang diperbuat daripada kuarzit dilelong pada harga AS$6 juta (RM24.7 juta). - Foto Reuters
Kepala kuarzit Tutankhamun dilelong RM24.7 juta
LONDON: Kepala Firaun terkenal Mesir, Tutankhamun yang diperbuat daripada kuarzit dilelong pada harga AS$6 juta (RM24.7 juta) semalam di London walaupun menerima bantahan keras Kaherah.

Rumah lelongan Christie menjual peninggalan setinggi 28.5 sentimeter itu pada harga 4,746,250 pound (RM24.43 juta) dalam satu majlis lelongan paling kontroversi sejak beberapa tahun lalu.

Maklumat pembeli artifak berharga berkenaan bagaimanapun tidak diketahui.

Wajah berukir firaun terkenal itu dengan sepasang mata redup dan berbibir penuh adalah dari koleksi persendirian seni antik Resandro Collection yang menjalani proses pemuliharaan berjumlah 3 juta pound (RM15.5 juta) oleh Christie pada tahun 2016.

Kerajaan Mesir yang berang dengan lelongan berkenaan mendesak ia dihentikan semalam dan peninggalan terbabit dipulangkan kepada mereka pada kadar segera.

Puluhan penunjuk perasaan turut mengibarkan bendera Mesir dan menjulang sepanduk bertulis ‘hentikan menjual barangan antik seludup’ di luar rumah lelongan British itu.

“Artifak ini tidak seharusnya disimpan sebagai koleksi peribadi di rumah. Ia adalah milik muzium.

”Ia adalah sejarah, milik seorang raja kami yang amat terkenal,” kata seorang rakyat Mesir, Magda Sakr, 50.

Kementerian antikuiti Mesir berkata, mereka akan mengadakan mesyuarat khas awal minggu depan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Kerajaan Mesir akan mengambil semua pendekatan diperlukan untuk mengambil semula artifak berharga Mesir itu yang diambil secara tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 5 Julai 2019 | 8:07am



No comments:

Post a Comment