Ad

Monday 15 July 2019

1991-SEDIH PAHANG KALAH SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 101)               
Sebagai peminat Bola Sepak semi Pro Pahang saya merasa kecewa kerana Pahang kalah ditangan Selangor dalam perlawanan Separuh Akhir kedua Piala Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu 26 Oktober  1991. Pahang kalah 0-2 (agg 0-6) Selangor dalam perlawanan yang diadakan di Sadium Darulmakmur, Kuantan.[1] Ketika itu saya dah berpindah ke rumah sewa baru di Jalan Rompin Lama.

      Dalam perlawanan tersebut pasukan Pahang diwakili oleh pemain-pemain yang hebat seperti Khairul Azman Muhammad, Dollah Salleh, Ahmad Yusuf, Mubin Mokhtar, V. Sundram Moorthy, Fandi Ahmad, Georgy Fabulaya, Osaimi Jalil, Azhar Kamaludin, Serbegeth Singh. ,Zaiinal Abidin Hassan pula tidak diturunkan pada perlawanan tersebut.Selangor pula diwakili oleh  Karel Stromsik, Malek Rahman, Jayakanthan, Robert Dunn, Pavel Korejcik, P.Maniam, K.Gunalan, Dharmalingam, Ismail Ibrahim, Zainal Nordin.[2]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2011/12/liga-semi-pro-1991.html
[2] Dairi Oktober 1991.

No comments:

Post a Comment