Ad

Wednesday 31 July 2019

MALAYSIA JUARA PIALA THOMAS 1992


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 121)

Piala Thomas 1992 ialah kejohanan Piala Thomas ke-17 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tarikh 5-16 Mei 1992. Pada pusingan akhir Piala Thomas 1992, merupakan kali terakhir Malaysia muncul sebagai juara.Malaysia  memenangi Piala Thomas kelima di Stadium Negara, Kuala Lumpur sejak 1967 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 3-2. Ketika itu pasukan Piala Thomas Malaysia diwakili oleh; Rashid Sidek, Razif dan Jailani Sidek,Foo Kok Keong  Cheah soon Kit dan Soo Beng Kiang dan lain-lain.

Pasukan
Pld
Menang
Tewas
3
2
1
3
2
1
3
1
2
3
1
2

Perlawanan akhir diadakan pada 16 Mei 1992. Tetapi saya seorang sahaja yang menonton ketika itu, tetapi tetap bersorak juga. Dalam perlawanan tersebut Rashid Sidek memungut mata pertama, mata kedua pula dipungut oleh Foo Kok Keong dan mata kemenangan oleh pasangan beregu kedua Cheah soon Kit dan Soo Beng Kiang.[1]
Selepas kejayaan ini saya mula membuat buku Skrap badminton dan Blog Badminto pada tahun 2014.[2]



[1]Catatan Dairi Tahun 1992.
[2] Blog Badminton Malaysia.

No comments:

Post a Comment