Ad

Tuesday 30 July 2019

SURAT PERSETUJUAN PENYERAHAN LUKUT KEPADA SUNGAI UJONG


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kawasan persempadanan negara ini telah mengalami pelbagai perubahan.  Sejak daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelbagai faktor seperti politik, ekonomi dan sosial telah membawa perubahan sempadan geografi di atas kuasa yang memerintah pada masa tersebut. Pada hari ini 30.07.1880 satu surat persetujuan penyerahan Lukut kepada Sungai Ujong telah dicapai setelah satu rundingan di antara Sultan Abdul Samad Selangor, Dato' Kelana Sungai Ujong, Raja Bot dan Raja Daud yang telah diadakan di Singapura.  Melalui persetujuan yang ditandatangani ini bersama ini penyelesaian hal Lukut yang telah dimasukkan ke dalam Daerah Sungai Ujong. Melalui surat persetujuan ini berakhirlah pemerintahan Raja Bot dan ayahya Raja Juma'at ke atas Lukut yang memakan masa 32 tahun.  Melalui perjanjian ini juga Raja Bot dan keluarga beliau menerima wang berjumlah RM 27,000. Pertikaian berkenaan daerah Lukut bermula apabila pada tahun 1862 Dato' Kelana Sendong yang menjadi Dato' Kelana Sungai Ujong beliau menuntut daerah Lukut dan mengatakan Lukut sebahagian daripada daerah Sungai Ujong.  Ekoran daripada ini rundingan-rundingan telah diadakan di antara pihak Selangor dan Sungai Ujong akhirnya pada hari ini 30 Julai 1880 penyelesaian telah dicapai berkaitan dengan masalah Lukut.[1]


[1]http://www2.arkib.gov.my/hids

No comments:

Post a Comment