Ad

Thursday 31 December 2020

The Red Warriors akhirnya bebas



Oleh YATIMIN ABDULLAH

31 Disember 2020, 9:33 am

KOTA BHARU: Selepas dihimpit pelbagai masalah musim lalu, Kelantan FC akhirnya akan melangkah ke musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dengan tenang dan bersemangat apabila dibebaskan daripada larangan membeli pemain.

Berita gembira itu diterima The Red Warriors (TRW) semalam menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan badan bola sepak dunia, FIFA selepas Kelantan berjaya melunaskan semua hutang lapuk.

Pembatalan itu hasil perjuangan pemilik baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman yang bersemangat waja untuk ‘menyental’ hutang-hutang lapuk yang menjadi duri dalam daging TRW.

NORIZAM TUKIMAN

Norizam atau Zamsaham berkata, keputusan pembatalan sekatan tersebut diterimanya daripada badan induk itu pada pukul 5 petang semalam.

Alhamdulillah, perjuangan saya selama empat bulan sejak mengambil alih TRW pada 3 September lalu akhirnya menemui noktah apabila berjaya menyelesaikan masalah hutang lapuk itu.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid yang banyak membantu dalam urusan ini apabila kita selesaikan semua bayaran tunggakan pemain kelahiran Brazil itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang turut membantu dalam isu tersebut.

Bila sudah lepas (sekatan) saya boleh membuat pilihan pemain terbaik untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan termasuklah tonggak import.

Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan FC mampu memberi saingan terbaik dalam Liga Malaysia musim depan,” ujarnya.

JDT 'syurga' Safawi

Oleh Syafiq Aznan - Disember 29, 2020 @ 3:54pmsyafiq.aznan@bh.com.my.SUMBER SUKAN UM ONLINE

Safawi Rasid tembusi senarai terbaik Asia

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus membuktikan dirinya antara pemain terbaik di benua ini apabila tersenarai dalam 24 calon untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik di Asia Fox Sports Asia bagi musim 2020.

Malah, lebih mengujakan apabila pemenang anugerah Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 Virtual itu bakal bersaing dengan beberapa pemain ternama.

Pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bakal berentap dengan tonggak Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung Min yang dilabel pilihan utama untuk menggondol gelaran itu.

Selain itu, Safawi juga bakal dicabar bekas pemenang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol, Andres Iniesta yang kini beraksi bersama kelab Jepun, Vissel Kobe.

Bintang lain yang turut tersenarai adalah Wataru Endo (Stuttgart), Takehiro Tomiyasu (Bologna) serta Matthew Ryan (Brighton), Hwang Hee Chan (RB Salzburg dan RB Leipzig) dan Takefusa Kubo (Real Mallorca dan Villareal).

Untuk rekod, Safawi yang baru pulang daripada Portugal selepas dipinjamkan selama tiga bulan dengan kelab, Portimonense SC pernah memenangi anugerah anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Pada September lalu, dia meraih Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC selepas menghasilkan jaringan cantik menerusi sepakan lencong ketika menentang kelab China, Shandong Luneng dalam aksi Liga Juara-Juara AFC 2019.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 7:03 PM

Wednesday 30 December 2020

Tiga 'kuda tua' bernilai tinggi

Oleh Zulfaizan Mansor - Disember 30, 2020 @ 6:42pm

zulfaizan@bh.com.my



Dari kiri: Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Safee Sali dianggap tetap mempunyai nilai yang tinggi buat Kuala Lumpur United FC. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Walaupun berstatus 'kuda tua', namun Shukor Adan, Indra Putra Mahayuddin dan Safee Sali dianggap tetap mempunyai nilai yang tinggi buat Kuala Lumpur United FC (KLUFC).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Kelab Bolasepak Kuala Lumpur United Sdn Bhd, Stanley Bernard menjelaskan bukan sahaja dari aspek pengalaman di atas padang, malah pemain senior seperti Safee mampu menyumbang kepada nilai komersial kelab itu.

Justeru, beliau berkata pasukan itu mahu menggunakan pengalaman tiga pemain senior berkenaan untuk membina pasukan yang mampu bersaing bagi jangka masa panjang.

"Safee antara kelompok lima atau 10 penyerang terbaik dalam sejarah di negara ini. Dia pemain yang boleh memberi sumbangan dari segi pengalaman dalam Liga Super dan membantu mencapai sasaran yang ditetapkan pengurusan.

"Satu faktor yang menarik Safee kepada Kuala Lumpur ialah kerana ini adalah pasukan asalnya. Saya tidak boleh menafikan dia akan menjadi aset kepada pasukan dari segi permainan di atas padang dan juga nilai komersial.

"Berserta dengan Indra dan Shukor, sukar untuk memperoleh pemain yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti mereka bertiga. Tidak semestinya mereka bermain setiap masa tetapi apabila di atas padang, mahupun di luar padang, mereka boleh memainkan peranan dengan membimbing pemain lain.

"Mereka seolah-olah menjadi pembantu kepada jurulatih apabila berada di atas padang dan menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan," kata Stanley yang secara rasmi akan menjawat jawatan CEO pada 1 Januari ini.

Semalam, BH Sukan melaporkan Shukor, Indra dan Safee menjadi antara pemain berpengalaman yang dipertaruhkan skuad Ibu Kota itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Faktor umur Shukor yang berusia 41 tahun, Indra (39) dan Safee (36) menjadi perbualan ramai tetapi Stanley menegaskan bahawa Kuala Lumpur juga menyerap enam pemain Piala Presiden ke dalam pasukan Liga Super.

Menurut artikel di laman web rasmi pasukan Kuala Lumpur, kehadiran enam pemain muda itu bersama 12 pemain lain di antara umur 23 dan 30 tahun bermaksud purata umur pemain tempatan dalam pasukan The City Boys adalah 26 tahun.

Jika Shukor, Indra dan Safee tidak di ambil kira, purata umur pemain tempatan menurun kepada 24 tahun.

"Pemain muda ini akan menjadi perbualan ramai di hujung musim apabila mereka diberi peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka dan dengan adanya tiga pemain senior seperti Shukor, Indra dan Safee, pemain muda akan dapat mempelajari sesuatu," kata Stanley.SUMBER BH ONLINE

Ronaldo dipilih pemain terbaik

SUKAN



RONALDO dinobatkan sebagai pemain terbaik abad ini pada Anugerah Globe Soccer yang dilangsungkan di Dubai kelmarin. – AFP

Ronaldo dipilih pemain terbaik

Oleh KOSMO!

29 Disember 2020, 12:30 pm

DUBAI – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola menerima penghormatan apabila dipilih sebagai pemain serta jurulatih terbaik abad ini dalam Anugerah Globe Soccer.

Kemenangan tersebut me­nyaksikan Ronaldo berjaya meraih anugerah tersebut dengan menewaskan musuh tradisinya, Lionel Messi pada majlis yang berlangsung di Hotel Armani.

Penyerang berusia 35 tahun itu berjaya meraih kemena­ngan dalam aksi liga domestik di Sepanyol, England dan Itali serta menjulang gelaran Euro 2016 bersama Portugal .

Ia adalah kemenangan yang sangat mengujakan.

Bukan mudah untuk berada di puncak dalam sukan ini untuk tempoh yang lama. Saya sangat bangga tetapi tanpa bantuan daripada pasukan, jurulatih dan kelab, sukar untuk saya menjadikan ia sebagai kenyataan,” kata pemenang Anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali itu.

Ronaldo menjadi pemain kedua menerima anugerah ber­kenaan selepas Diego Maradona meraihnya pada 2012.

Dalam pada itu, kejayaan membimbing Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City meraih kemenangan dalam aksi domestik, selain menjulang gelaran Liga Juara-Juara sebanyak dua kali membolehkan Guardiola di­pilih sebagai jurulatih terbaik.

Selain itu, kejayaan menjulang gelaran trebel bagi aksi Bundesliga, Liga Juara-Juara dan DFB-Pokal membolehkan jurulatih Bayern, Hansi Flick menjulang gelaran jurulatih terbaik tahunan.

Sementara itu, Real Madrid diangkat sebagai pasukan terbaik abad ini, manakala Bayern memenanginya untuk gelaran pasukan terbaik tahunan.

Bagi anugerah ejen terbaik pula, Jorge Mendes dinamakan sebagai ejen terbaik untuk tahun 2020 dan meraih kemenangan itu bersama-sama kliennya, Ro­naldo.

Anugerah Globe Soccer ini mula diperkenalkan pada 2010 yang memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam bola sepak dalam sebuah majlis makan malam gala. – AGENSI SUMBER-KOSMO ONLINE

Tuesday 29 December 2020

JDT 'syurga' Safawi

Oleh Syafiq Aznan - Disember 29, 2020 @ 3:54pm

syafiq.aznan@bh.com.my


Safawi dianggap buat keputusan tepat tinggalkan Portimonense SC.

KUALA LUMPUR: Lebih baik berada di Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada kekal di Portimonense SC tetapi sekadar duduk di bangku simpanan!

Itu pandangan Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Dr Zulakbal Abd Karim ketika mengulas mengenai kewajaran penyerang kebangsaan, Safawi Rasid yang 'pulang awal' daripada berkelana di Portugal ketika dia sepatutnya mengharungi tempoh pinjaman selama semusim berakhir Mei depan.

Zulakbal yang juga pemerhati bola sepak melihat ia satu langkah yang tepat untuk Safawi pulang ke tanah air bagi memastikan dia mendapat minit perlawanan yang cukup untuk perkembangan kariernya.

"Memang beraksi di Eropah itu memberikan satu pengalaman dan ilmu yang berbeza, namun jika hanya semata-mata menjalani latihan tanpa beraksi dalam perlawanan kompetitif, perkara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada perkembangannya.

"Lebih baik dia pulang dan beraksi bersama JDT. Sudah tentu dia akan mendapat begitu banyak minit perlawanan dan beraksi secara kompetitif yang pasti dapat memberi manfaat kepada JDT sendiri dan pasukan kebangsaan.

"Pada usianya ketika ini, dia sedang berada dalam 'tempoh emas' dan dia memerlukan begitu banyak minit perlawanan untuk terus berkembang dan mencapai kemuncak potensi. Dengan membuat keputusan pulang ke JDT, dia mendapat apa yang diperlukan," katanya.

Terdahulu, BH Sukan melaporkan penyokong bola sepak negara sudah boleh melupakan impian untuk melihat Safawi beraksi bersama Portimonense SC apabila penyerang itu sah sudah meninggalkan kelab di liga utama Portugal berkenaan.

Malah, menurut sumber, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) dua tahun berturut-turut itu sudah pulang ke tanah air.

"Ya, betul Safawi sudah ada di Malaysia. Dia kini begitu bersemangat untuk memulakan musim baharu bersama JDT dan membantu skuad negara mengharungi kelayakan (Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023)," kata sumber itu.

Spekulasi kepulangan pemain JDT itu ke tanah air turut diperkuat dengan perkongsian terbaru pemain itu di laman Instagramnya yang seakan mengiyakan perkembangan bahawa dia sudah berada di Malaysia.

Menerusi Instastory terbarunya, pemain berusia 23 tahun itu mengambil kesempatan bergambar bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Nada positif tampak ditunjukkan oleh Safawi menerusi wajahnya yang ceria dengan dia turut berkesempatan meletakkan beberapa emoji seperti emoji 'bekerja keras' dan gambar harimau belang.SUMBER-BH ONLINE

Mungkin gantung but awal - Shukur

MyMetroArena



Malik Muhamad

sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Selepas tidak lagi menjadi ahli keluarga pasukan Terengganu FC (TFC) musim depan, bekas tonggak tengah kebangsaan, Shukur Jusoh tidak menolak kemungkinan akan gantung but biarpun masih mengidam beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Malah pemain yang pernah beraksi bersama pasukan Harimau Muda A, skuad kebangsaan Bawah 21 dan 23 Tahun selain pasukan senior turut membayangkan karier bola sepaknya bakal berakhir lebih awal selepas tidak mendapat sebarang tawaran setakat ini.

"Sukan bola sepak adalah sebahagian dalam hidup saya lebih-lebih lagi sukan ini diminati sejak di bangku sekolah rendah lagi sehinggalah terpilih menyarung jersi negeri dan skuad kebangsaan.

"Namun mungkin segala-galanya bakal tinggal kenangan kerana sehingga kini saya belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat saya musim depan.

"Sekiranya tiada rezeki untuk saya teruskan dalam kerjaya ini mungkin sudah tiba masanya saya mengundur diri biarpun begitu sukar untuk mengungkapkan dengan kata-kata.

"Ini kerana saya belum lagi bersedia untuk gantung but kerana dengan usia 31 tahun, saya masih boleh lagi beraksi di padang dalam saingan kompetitif.

"Tapi jika ada tawaran daripada mana-mana pasukan yang inginkan khidmat saya, saya bersedia berbincang selain akan membatalkan hasrat untuk bersara dalam sukan ini," kata Shukur kepada Sukan NSTP.

Kenangan paling manis pemain itu apabila berjaya membantu pasukan negara merangkul kejuaraan pada pentas Sukan SEA 2011 di Jakarta selepas memusnahkan impian Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedudukan masa sebenar terikat 1-1.

Sebelum ini pemain yang pernah menyarung jersi pasukan Selangor, FELDA United, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Terengganu FC II (TFC II) itu mengimpikan peluang untuk beraksi buat kali kedua dalam kancah Piala AFC bersama TFC musim depan selepas kali pertama pada 2012.

Namun dengan penyingkiran daripada skuad kendalian Nafuzi Zain itu, impian Shukur untuk membuat penampilan kali kedua dalam pentas Asia bersama penjaga gol, Mohd Shamirza Yusoff yang dikekalkan pengurusan TFC berkecai

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 3:57 PM

Malik tekad bantu Pahang raih kejayaan

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana 2016 dan 2017, Abdul Malik Mat Ariff mahu membuktikan bahawa kembalinya ke pangkuan Pahang memberi impak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Abdul Malik berkata, pengalaman yang dimiliki memberi motivasi dan keyakinan untuk meletakkan skuad Pahang pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim 2021.

"Saya berterima kasih kepada pengurusan pasukan yang menyenaraikan saya dalam skuad Pahang selepas kali terakhir bersama Pahang pada 2014.

"Peluang yang diberikan diharap dapat dipersembahkan dengan mempamerkan prestasi terbaik seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Dengan sokongan rakan sepasukan, saya percaya prestasi Pahang lebih baik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna musim 2021," katanya.

Abdul Malik antara empat pemain kelahiran Pahang yang sebelum ini berkelana bersama pasukan luar disenaraikan dalam usaha memperkasakan skuad Tok Gajah sekali gus tampil lebih gagah.

Tiga anak jati Pahang yang turut disenaraikan ialah Shahrul Aizad Zulkifli (Terengganu FC (TFC),Felda United FC), Baqiuddin Shamsudin (UKM FC) dan Muhammad Jadid Ilias (Felda United).

Abdul Malik yang juga bekas pemain TFC dan Kuantan FA mengharapkan pencapaian gemilang akan berpihak kepada Pahang musim depan.

"Saya pernah meraih kejayaan bersama Pahang pada 2013 dan 2014 apabila Pahang menjulang Piala Malaysia walaupun bukan sebagai pemain utama.

"Oleh itu, saya harap musim 2021 saya akan berada dalam kesebvelasan utama dan membantu Pahang mengulangi pencapaian itu," katanya yang pernah menyarung jersi Pahang pada 2010 hingga 2014.

Sebagai penjaring terbanyak tempatan saingan Liga Perdana pada 2016 dan 2017, Abdul Malik mengharapkan pencapaian itu dapat diulangi dalam saingan Liga Super.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 3:33 PM

MFL umum 50 calon ABK20

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.

Kesemua 50 calon itu membabitkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Mereka disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Apa yang menarik ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik Covid 19 dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

Bagaimanapun pemenang bagi Anugerah Pasukan Terbaik yang turut dipertandingkan dalam ABK20 Virtual akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula jam 10 pagi esok (21 Disember 2020) sehingga Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform Elfo menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL esok.

Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.

Pada majlis ABK20 Virtual itu nanti, pihak MFL turut akan menyampaikan pemenang Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak Liga Super 2020 iaitu Ifedayo Omosuyi yang meledak 12 Gol bersama Selangor.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super 2020 manakala penyerang Pulau Pinang Casagrande yang menghasilkan 9 gol dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Perdana 2020.

Turut mencuri perhatian, penyerang muda Selangor 2 Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana 2020 dengan ledakan 7 gol.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 3:09 PM

Brendan harap tuah miliknya kali ini

MyMetroTopic



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain tengah Selangor, Brendan Gan mengharapkan tuah memihak kepadanya untuk memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual selepas tercalon buat kali ketiga.

Brendan melahirkan rasa gembira apabila tercalon sekali lagi, kali ini bersama pasukan Selangor sambil menyifatkan rakan pasukan banyak membantu dalam setiap perlawanan mengharungi musim 2021.

Belum pernah berjaya mengungguli kategori itu, bekas pemain Perak itu berharap usaha kerasnya pada musim ini mampu membuahkan hasil untuk menamatkan penantian sejak tercalon pada ABK edisi 2017.

"Semestinya satu perasaan teruja apabila kali ini tercalon sekali lagi bersama calon lain yang sememangnya kita tahu mempunyai nama besar dalam Liga Malaysia. Saya tetap percaya dan berpegang kepada prinsip bahawa usaha yang keras akan membuahkan hasil lumayan dan sejak tercalon pada edisi sebelum ini sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa ingin melakukan yang lebih baik setiap tahun.

"Untuk itu, saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk ABK kali ini dan dengan tercalonnya pada edisi ini buat kali ketiga membuktikan saya di hala tuju yang tepat untuk terus mencapai prestasi terbaik kepada pasukan," jelasnya.

Brendan bersaing bersama sembilan lagi calon lain iaitu Safawi Rasid yang mewakili Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail (JDT), Faisal Abd Halim (Pahang), Gonzalo Cabrera (JDT), Leandro dos Santos (Perak), Leandro Velazquez (JDT), Lee Tuck (Terengganu FC), Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Syahmi Safari (Selangor).

ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Undian yang dibuka kepada semua penyokong pada Isnin lalu (21 Disember 2020) jam 10 pagi telah pun berakhir pada Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Keputusan semua pemenang akan diketahui majlis yang akan berlangsung secara virtual pada 30 Disember 2020 (Rabu) .

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2020 @ 11:48 PM

'Rembatan Syahmi macam dalam video game'

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@nstp.com.my

BEKAS pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri percaya gol hebat yang dijaringkan bek kanan negara, Syahmi Safari mampu tersenarai dalam 10 jaringan terbaik dunia sepanjang tempoh 2018/2019 ini.

Menurut bekas pemain Pulau Pinang itu, gol yang dilakukan Syahmi ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF menentang Thailand pada Disember lalu sangat menarik dan mampu mencabar ratusan gol lain dari seluruh dunia.

Katanya, keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran membabitkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi amat luar biasa seolah-olah ia dihasilkan melalui permainan video.

Setiap pemain ada kelebihan tersendiri dan Syahmi juga ada keistimewaan, bahkan gol yang dijaringkan di Piala AFF itu nampak cantik dan tersusun macam orang main ‘video game’.

Saya harap gol itu tercalon dalam 10 terbaik sebelum ia mula diundi oleh penyokong seluruh dunia, kalau ada rezeki boleh masuk ke tiga teratas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan mencalonkan jaringan pemain muda Red Giants, Syahmi Safari ke anugerah berkenaan bagi tahun ini.

Jaringan terbabit dihasilkan pemain pertahanan itu dari luar kotak penalti pada minit ke-28 di Stadium Rajamangala, Bangkok yang menyaksikan skuad Harimau Malaya mara ke pentas akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan menerusi agregat 3-3.

Apa yang saya boleh kongsikan, Syahmi perlu sentiasa berdoa dan jaga diri dengan baik kerana selepas ini seluruh mata pasti akan terarah kepadanya.

Walaupun baru dicalonkan dan belum lagi memenangi anugerah itu, FAM secara tidak langsung mengiktiraf jaringannya itu sebagai antara yang terbaik daripada pemain tempatan,” katanya yang menjaringkan gol lencong luar biasa menerusi sepakan percuma ketika membantu Pulau Pinang membenam Pahang 4-1 di Stadium Bandaraya, pada 16 Februari 2016 lalu.

Pada Anugerah FIFA 2016 itu, Faiz mencipta sensasi apabila muncul pemain bola sepak Asia pertama yang merangkul gelaran Puskas di Zurich, Switzerland yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01 peratus) dan lain-lain (7.68 peratus).

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2019 @ 7:30 AM

Aidil Zafuan ramal Shahrul Pertahanan Terbaik ABK 20




Shahrul Saad
TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menyifatkan pertahanan Perak, Shahrul Saad sebagai calon paling layak untuk memenangi anugerah pemain Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 20.
Menurutnya, Shahrul yang memenangi anugerah berkenaan tahun lalu mampu mengekalkan status berkenaan berdasarkan kepada pencapaiannya membantu skuad The Bos Gaurus itu menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 pada kedudukan keempat.
Aidil yang tidak tercalon pada tahun lalu nyata melahirkan rasa gembira apabila kali ini dicalonkan, namun secara peribadi merasakan Shahrul selaku pemenang pada tahun lalu mampu mengekalkan status Pertahanan Terbaik kali ini berdasarkan pencapaiannya sebagai kapten pasukan Perak untuk menamatkan musim 2021 di tangga ke-4 CIMB Liga Super 2020.
“Secara peribadi saya rasa Shahrul layak untuk memenangi anugerah berkenaan sekali lagi pada tahun ini.
“Apa pun, saya juga tetap berpuas hati apabila turut tercalon kali ini; tetapi saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kerana sebelum ini saya pernah memenanginya beberapa kali.
“Jadi kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang betul-betul layak untuk menang; yang penting, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang telah membuat undian sebelum ini dan kepada mereka yang mengundi saya, saya tidak akan lupa sampai bila-bila sokongan yang diberikan ini”, katanya.
Sebelum ini, Aidil Zafuan pernah muncul selaku pemenang sebanyak empat kali bagi kategori berkenan pada ABK 2009, 2010, 2012 dan 2015.
Calon lain yang bakal merebut gelaran Pertahanan Terbaik pada tahun ini adalah Azmi Muslim (Pulau Pinang), La'Vere Corbin-Ong, Matthew Davies (JDT), Rafiuddin Roddin (Perak), Shahrul Nizam Ros Hasni (Kelantan), Shakir Hamzah (Kedah), Victor Nirennold (UiTM FC) dan Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (Melaka).
ABK20 yang dijalankan secara virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.
Undian yang telah dibuka kepada semua penyokong pada Isnin 21 Disember 2020 lalu mulai 10 pagi telah pun berakhir pada Jumaat 25 Disember 2020 pada 11.59 malam.
Keputusan semua pemenang akan diketahui majlis yang akan berlangsung secara virtual pada Rabu, 30 Disember 2020.
Sementara itu pemain tengah Selangor, Brendan Gan mengharapkan tuah memihak kepadanya untuk memenangi kategori Pemain Tengah Terbaik ABK kali ini.
Menurut Brendan, dia gembira kerana sekali lagi tercalon dalam kategori berkenaan buat kali ketiga dan kali ini bersama pasukan Selangor.
“Semestinya saya teruja apabila tercalon sekali lagi bersama-sama calon lain yang sememangnya kita tahu mempunyai nama besar dalam Liga Malaysia.
“Namun, saya tetap percaya dan berpegang kepada prinsip bahawa usaha yang keras akan membuahkan hasil yang lumayan.
“Sejak tercalon pada edisi sebelum ini sehingga sekarang membuatkan saya sentiasa ingin melakukan yang lebih baik setiap tahun dan untuk hanya mengharapkan yang terbaik untuk ABK kali ini,” katanya.
Brendan bakal bersaing bersama sembilan lagi calon lain seperti pemain JDT; Safawi Rasid, Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera dan Leandro Velazquez, Faisal Abdul Halim, Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Leandro dos Santos (Perak), Lee Tuck (Terengganu FC), dan Syahmi Safari (Selangor).
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/116639/BERITA/Sukan/Aidil-Zafuan-ramal-Shahrul-Pertahanan-Terbaik-ABK-20© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday 28 December 2020

Piya masih ‘power’ pada usia 38 tahun



Oleh YATIMIN ABDULLAH

29 Disember 2020, 10:10 am

KOTA BHARU: Selepas semusim ‘berehat’, legenda bola sepak Kelantan, Mohd. Badhri Radzi kembali dalam saingan kompetitif pada usia 38 tahun dengan memperkuatkan Kelantan United dalam Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Kehadiran Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya diumumkan Presiden Kelantan United, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dalam Majlis Tandatangan Kontrak Pegawai, Pemain Serta Perjanjian Penajaan Pasukan bagi musim 2021 semalam.

Piya bukanlah ‘gula-gula’ yang digunakan untuk menarik sokongan peminat terhadap

pasukan, sebaliknya pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013 itu hadir bagi memperkasakan pasukan.

Piya memberikan komitmen yang dia akan beraksi bersungguh-sungguh dan membantu KUFC (Kelab Bola Sepak Kelantan United) dalam Liga Perdana nanti.

Selain itu, KUFC turut membawa masuk seorang lagi tonggak veteran untuk memperkasakan pasukan iaitu bekas bek kiri Petaling Jaya City, Mohd. Fitri Omar,” kata Che Abdullah.

Ketika KUFC beraksi dalam Liga M3, Piya antara watak penting yang membantu pasukan merangkul kejuaraan.

Che Abdullah berkata, Kelantan United musim depan adalah hasil adunan pemain muda dan veteran yang masih bertenaga.

Beliau optimis, barisan pemain itu mampu dibentuk dengan baik oleh pengendali dari Jepun, Akhira Higashiyama.

Bagi menempa kejayaan, kami perlukan pasukan yang berdisiplin. Sebab itulah KUFC pilih Higashiyama.

Sasaran KUFC selari dengan Higashiyama iaitu berada dalam kelompok empat terbaik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, KUFC lebih selesa membuat perbelanjaan berhemat dengan memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan operasi pasukan.SUMBER-UTUSAN ONLINE


Sumareh ke JDT?

Oleh Zulkifli


29 Disember 2020, 10:28 am

KUALA LUMPUR: Spekulasi bahawa Police Tero FC sekadar tempat persinggahan Mohamadou Sumareh mungkin ada kebenarannya selepas pemain naturalisasi negara itu tidak lagi bersama kelab Thailand tersebut tiga bulan menyertai mereka.

Menurut portal Goal.com Thailand, pemain sayap berusia 26 tahun itu sah ‘bercerai’ dengan Police Tero selepas menyertai kelab tersebut secara kontroversi dari Pahang pada September lalu.

Sumareh tidak akan bersama Police Tero selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

Bintang Gambia itu dilaporkan sedang melakukan persiapan untuk kembali ke Malaysia.

Bersama Police Tero, Sumareh cuma diturunkan dalam kesebelasan utama untuk satu perlawanan. Secara keseluruhan, dia beraksi selama 111 minit tanpa sebarang gol,” tulis Goal.com Thailand.

Menurut portal itu, sepanjang bersama Police Tero, Sumareh sering berdepan isu kecederaan dan beraksi dalam keadaan kurang baik.

Persoalan kini terarah mengenai ke mana hala tuju Sumareh ketika Liga Malaysia (Liga M) 2021 akan bermula Februari depan.

Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin menjadi destinasi pemain itu berdasarkan bayangan yang diberikan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam rancangan BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta, dua minggu lalu.

Kata Tunku Ismail, beliau akan berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah jika Sumareh mahu kembali ke Liga M dan menyertai skuad Harimau Selatan.

Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman).

Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak.

Jadi (bahagian) sayap kanan kemungkinan besar boleh jadi Safawi Rasid, Sumareh, Arif Aiman dan bahagian kiri adalah Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan Ramadhan Saifullah,” katanya.SUMBER-UM ONLINE

Gol 'Da Bom' Syahmi ke Puskas...

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@nstp.com.my

Sepang: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk mengemukakan nama pertahanan kanan Harimau Malaya, Syahmi Safari bagi pencalonan Anugerah Puskas FIFA, selepas jaringan menariknya pada minit ke-29 mendapat pujian ramai dan dianggap antara gol tercantik dalam kempen Piala AFF kali ini.

Rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti yang dilakukan Syahmi nyata mengejutkan penyokong Thailand yang sama sekali tidak menyangka percubaan itu tepat menuju ke penjuru atas kanan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, rembatan pemain Selangor itu memang cantik dan pihaknya bersedia untuk menimbangkan gol itu dalam Anugerah Puskas.

"Saya nampak itu (gol Syahmi) yang terbaik dan saya akan bincang dengan bahagian teknikal sama ada jaringan itu perlu atau sesuai untuk kita calonkan nanti," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Sementara itu, Syahmi menyambut baik cadangan Hamidin itu dan mengakui teruja seandainya FAM serius untuk mencalonkan golnya itu.

"Saya rasa ada banyak lagi gol cantik yang dijaringkan sebelum ini oleh pemain lain. Tapi kalau betul, saya tak kisah dan menyambut baik benda itu," kata Syahmi.

Sebelum ini, pemain Pulau Pinang, Faiz Subri menggegar dunia dengan sepakan percuma apabila mencipta kejutan merangkul Anugerah Puskas FIFA 2017.

Perkara itu dilihat tidak mustahil untuk Syahmi muncul pemain kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah itu.

Malah, jaringan itu turut menjadi tular di media sosial selepas pelayar internet menyifatkan jaringan terbabit cukup berkualiti dan berkelas dunia.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 8:50 PM


FAM setuju cadang gol Syahmi

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF pada 5 Disember lalu dicalonkan ke Anugerah Puskas FIFA 2019.

Keputusan untuk menghantar cadangan pencalonan itu dibuat selepas mesyuarat peringkat Sekretariat Agung FAM yang turut disertai Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mencapai persetujuan untuk perkara mencalonkan gol itu.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, badan induk itu akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol dijaringkan Syahmi menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.

"FAM turut akan melampirkan salinan video gol itu untuk dinilai oleh FIFA. Biarpun mengetahui bahawa senarai 10 calon gol tercantik untuk Anugerah Puskas FIFA 2019 itu nanti akan dicadangkan dan dipilih sendiri oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya, FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar kepada FIFA sebagai tanda sokongan FAM dan bagi memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA.

"Berdasarkan keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran membabitkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi, FAM berharap ia akan berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2019," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Menerusi pendedahan eksklusif Arena Metro Isnin lalu, FAM dilaporkan cukup serius untuk mencalonkan gol sepakan padu Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland penghujung tahun ini.

Gol umpama peluru berpandu itu sememangnya cukup cantik ditambah dengan beberapa siri hantaran pendek antara pemain negara dengan hanya membabitkan tujuh sentuhan nyata sekali cukup berkualiti dan mampu mencabar ratusan gol lain di seluruh dunia sepanjang tempoh 2018/2019 ini.

Sebagai rekod, FAM sebelum ini pada 22 Februari 2016 turut menghantar surat cadangan pencalonan kepada FIFA untuk gol dihasilkan bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri dan akhirnya membawa kejayaan kepada jaringan menerusi sepakan percuma unik itu muncul pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2019 @ 5:00 PM

Faiz Subri sedia timbang tawaran ke Hungary

MyMetroArena



Dziyaul Afnan Abdul Rahman

sukan@hmetro.com.my

Kangar: Bekas pemenang Anugerah FIFA Puskas 2016, Mohd Faiz Subri bersedia mempertimbang tawaran sebagai jurulatih teknikal sukan teqball di Hungary pada tahun hadapan.

"Yang itu..(tawaran jurulatih teknikal sukan teqball) masih dalam perbincangan dan saya ingin fokus bola sepak dahulu untuk saingan tahun hadapan kerana masih ingin bermain bola sepak lagi.

"Berkenaan tawaran jurulatih sukan teqball itu juga, kalau ada rezeki..boleh dipertimbangkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Logo Baru Kelab Bola Sepak Northern Lions Football Club (NLFC) di sini.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara berkenaan melalui media dan segalanya masih di peringkat awal.

"Buat masa ini ia masih dalam perbincangan lagi kerana saya juga belum berurusan lagi dengan Persatuan Teqball Malaysia, jadi sekarang ini saya masih lagi menunggu keputusan mereka.

"Namun begitu, jika dapat tawaran mungkin saya akan pertimbangkan dahulu sama ada mahu pergi atau tidak," katanya.

Mohd Faiz berkata, komitmennya pada waktu ini adalah untuk menghidupkan semula karier bola sepaknya bersama NLFC yang terhenti disebabkan pandemik Covid-19 dan segala keputusan mengenai tawaran berkenaan juga akan dimaklumkan kepada pengurusan NLFC nanti.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan bahawa Faiz menunjukkan minat untuk mengisi kekosongan jawatan itu dan bersedia mengubah haluan daripada seorang pemain bola sepak kepada bidang kejurulatihan.

Malah, Faiz dikatakan bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak Persatuan Teqball Hungary.

Sementara itu, NLFC dijangka mengekalkan 30 peratus barisan pemain musim ini termasuk Mohd Faiz Subri bagi menghadapi saingan Liga M3 musim hadapan.

Presiden NLFC, Amran Hamid berkata, para pemain termasuk Mohd Faiz dijangka akan terus menabur bakti pada kelab bola sepak amatur yang berpangkalan di Kangar itu.

"Bagi saingan Liga M3 tahun hadapan, kita akan mengekalkan 30 peratus pemain musim ini untuk beraksi semula bersama NLFC dan ini termasuklah Mohd Faiz yang bertindak selaku pemain berpengalaman dalam kelab ini.

"Selain itu juga, NLFC juga akan terus dibarisi antara 70 hingga 80 peratus pemain tempatan yang rata-ratanya berasal dari Perlis," katanya.

Amran berkata, meskipun begitu pihaknya masih lagi meneliti barisan kejurulatihan yang akan mengendalikan pasukan ini bagi saingan Liga M3 itu.

Perjalanan skuad NLFC dalam Liga M3 pada musim ini hanya bertahan untuk dua perlawanan sahaja selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Amateur Football League (AFL) membatalkan saingan liga berkenaan berikutan pandemik Covid-19 yang berlaku.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 12:07 AM

Kontrak Hadi Fayyadh dilanjutkan setahun

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI



PENYERANG muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak mendapat tonik terbaik selepas kontraknya bersama kelab berpangkalan di Jepun, Fagiano Okayama dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

Sebagai rekod, bekas pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah berkelana dengan kelab yang beraksi pada Divisyen 2 Liga Jepun itu sejak musim 2018.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada selaku penyelaras karier Hadi di Jepun mengesahkan pihak pengurusan Okayama sangat gembira dengan peningkatan prestasi pemain berusia 20 tahun itu.

Saya dimaklumkan pasukan Fagiano Okayama membuat keputusan untuk menyambung kontrak Hadi selepas melihat peningkatan mutu permainan, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang tahun 2020.

Mereka percaya dengan memberikan peluang untuk dia terus bersama kelab itu akan dapat meningkatkan lagi kemahiran untuk terus memberikan permainan terbaik pada musim akan datang.

Mungkin ada perancangan istimewa buat Hadi bagi tahun 2021 tetapi segalanya masih belum diputuskan,” kata Hamada semalam.

Sementara itu, Hadi Fayadh menyifatkan lanjutan kontrak bersama Fagiano Okayama adalah peluang untuk dia terus menggilap bakat diri serta memperbaiki kelemahan untuk menjadi pemain bola sepak profesional terbaik.

Terima kasih kepada pengurusan kelab atas kepercayaan diberikan dan sentiasa membantu sepanjang dua tahun saya di sini.

Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan potensi diri serta memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Faiz tak kisah main di Liga M3

MyMetroTopic



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nak malu apa! Mungkin itu yang diluahkan bekas pemenang Anugerah Fifa Puskas 2016, Mohd Faiz Subri apabila mengakui tidak kisah beraksi dalam Liga M3 bersama Northern Lions Football Club (NLFC) musim depan.

Faiz, 33, yang dianggap bintang bola sepak negara berikutan kejayaan memenangi anugerah gol tercantik di Zurich, Switzerland akan membuat kemunculan semula dalam kancah liga tempatan dengan menjadikan liga divisyen tiga sebagai tapak kebangkitan.

Katanya, dia tidak kisah beraksi dengan NLFC di Liga M3 memandangkan persaingan untuk merebut tempat bersama pasukan di Liga Super dan Liga Perdana cukup sengit.

"Kita dapat tahu sekarang memang susah nak dapat pasukan, jadi dapat beraksi di liga bawah dah rasa bersyukur. Sebab kalau kita tengok pemain pun susah, kerana pasukan sekarang dah berkurangan dan pemain pula semakin ramai, dan pemain muda pun makin banyak.

"Jadi saya nak betul-betul kena berada pada tahap terbaik dan cuba kembali beraksi macam biasa dan cuba bangkit," katanya pada Majlis Projek Kasih Prihatin di Pulau Pinang, hari ini.

Dalam majlis itu, Faiz dijemput sebagai duta projek kebajikan bersama selebriti Cat Farish yang dianjurkan oleh Murtabak House Perda, The Parking Lot dan Puteri Ratu.

Menerusi program itu, Faiz dan ahli konvoi bergerak ke Georgetown untuk memberi bantuan makanan dan minuman kepada gelandangan di sekitar bandar itu.

Mengenai pembabitannya dalam program itu, dia gembira dapat menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan.

"Kita tolong setakat kita mampu walaupun kita tak seberapa. Janji matlamat dan gerak hati kita membantu golongan yang perlukan bantuan. Terima kasih kepada Murtabak House, Puteri Ratu dan Parking Lot, Alhamdulillah ia boleh membantu sikit," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2020 @ 11:22 PM

Safee, Hadin sertai The City Boys

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010, Safee Sali akhirnya memilih pasukan Kuala Lumpur untuk saingan Liga Super musim depan sekali gus mengenepikan spekulasi yang dirinya bakal menggantung but musim depan.

Safee mengikat kontrak selama semusim bersama skuad The City Boys selepas Petaling Jaya City tidak melanjutkan kontraknya sebaik saingan Liga Malaysia berakhir musim lalu.

Malah, pada sidang media sama, seorang lagi pemain berpengalaman, Hadin Azman turut memilih Kuala Lumpur musim depan.

Jelas Safee yang juga bekas penyerang Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT), dia masih mampu menyumbang kudrat buat Kuala Lumpur meskipun sudah menjangkau usia 37 tahun. "Saya sentiasa positif, selagi saya belum mengucapkan dan melafaskan kata persaraan, selagi itu saya ingin menabur khidmat dan segala pengalaman saya untuk pasukan yang saya bermain.

"Bermain di satu pasukan yang pernah saya berada dulu memang saya cukup teruja, walaupun saya berumur 37 tahun tapi saya masih merasakan saya baru 17 tahun untuk musim hadapan," katanya.

Menurutnya, kehadirannya semula di Kuala Lumpur umpama mengimbau nostalgia lama ketika dia mula-mula bergelar pemain profesional.

"Pertama sekali saya amat berbesar hati kerana dapat kembali semula kepada pasukan yang memulakan karier profesional saya 15 tahun lalu.

"Saya berbangga berada dalam stadium ini (Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras) banyak sejarah dan pasukan Kuala Lumpur memang ada sejarah yang besar sebelum ini.

"Saya harapkan musim hadapan kita akan cuba membangkitkan semangat dan aura Kuala Lumpur di Liga Super," katanya yang turut pernah beraksi di Liga Indonesia bersama Pelita Jaya pada 2010-2012.

Sementara itu, Hadin yang berpindah dari Kedah sudah tidak sabar untuk turun berlatih dan membantu Kuala Lumpur dalam kempen liga tempatan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 9:49 PM

Sunday 27 December 2020

Safawi sah tinggalkan Portimonense SC


MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Karier tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid bersama Portimonense SC tidak panjang apabila sudah ada tanda dia akan meninggalkan kelab berkenaan dalam masa terdekat ini.

Bayangan itu dapat dilihat menerusi Instastory @Portimonense1 yang memuat naik video dan gambar Safawi bersama kumpulan rakan sepasukannya di kelab Portugal itu.

Selain gambar, Instastory itu juga menulis: "Safawi...kita adalah satu keluarga...kami mendoakan yang terbaik untuk anda...Terima kasih Johor yang istimewa."

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkongsi perkara itu di Instagram miliknya beserta ucapan "terima kasih".

Selain itu, Safawi turut berkongsi video di Instastory @Portimonense1 pada laman Instagram miliknya.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Liga Primeira, Portugal tidak kesampaian meskipun pemain kelahiran Dungun itu empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 7:07 PM

Bintang berpengalaman sandaran Sarawak United

 SUKAN



NORSHAHRUL atau Mat Yo merupakan antara nama besar bintang yang akan menyarung jersi Sarawak United bagi mengharungi saingan Liga Primier musim depan.

Bintang berpengalaman sandaran Sarawak United

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

25 Disember 2020, 3:30

PENGARAH Teknikal Sarawak United, B. Sathiananthan mengakui cukup teruja apabila menyaksikan bekas anak buahnya di pasukan Selangor, Sandro Da Silva dan Taylor Regan menyertai skuad Kenyalang musim depan.

Kata Sathiananthan, keputusan untuk menandatangani Da Silva dan Regan bukan diputuskan olehnya tetapi dibuat atas persetujuan daripada ketua jurulatih, E. Elavarasan.

Elavarasan sememangnya ada meminta pandangan saya untuk mendapatkan beberapa pemain yang masih belum memiliki kontrak dengan mana-mana pasukan termasuk Da Silva dan Regan.

Malah, saya turut membantunya mendapatkan Christie Jayaseelan dan kami percaya pemain-pemain ini dapat memperkuatkan pasukan untuk saingan musim depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sathiananthan turut mengesahkan barisan pemain untuk skuad utama hampir lengkap dan Elavarasan hanya menanti peluang untuk serapkan beberapa anak jati negeri itu dalam pasukan utama.

Bagi tempat dalam skuad utama, senarai pemain sudah hampir lengkap dan tidak mahu menggangu urusan Elavarasan dalam merencanakan perancangan pasukan untuk mengharungi persiapan pramusim nanti.

Cuma, fasa seterusnya adalah untuk terbang ke Sarawak tetapi ia tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana pandemik Covid-19,” katanya.

Difahamkan, selain daripada Da Silva, Regan dan Christie, Sarawak United yang beraksi dalam kancah Liga Premier musim depan turut mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha dan Muhammad Gopi Rizqi.SUMBER-KOSMO ONLINE

Safawi sudah pulang?

MyMetroTopic

Firdaus


Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Adakah benar Safawi Rasid sudah pulang ke Malaysia? Itu tanda tanya yang berlegar dalam kalangan peminat bola sepak tanah air apabila gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Safawi di laman Instastory bersama pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menimbulkan persoalan.

Menerusi perkongsian itu, tonggak sayap yang dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC itu dilihat bersama Tunku Ismail dan rakan sepasukan, Azrif Nasrulhaq.

Malah, lebih menguatkan dakwaan itu apabila penampilan Tunku Ismail dilihat lebih kurus berbanding beberapa bulan lalu ketika Safawi berangkat ke Portugal pada Oktober lalu.

Begitupun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi mengenai kepulangan Safawi ke tanah air.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan Safawi akan kembali bersama JDT bagi saingan Liga M musim depan.

Sebagai rekod, Safawi menyertai Portimonense SC yang beraksi dalam Primeira Liga itu dengan status sebagai pemain pinjaman bagi tempoh semusim.

Bagaimanapun, selepas hampir tiga bulan di Eropah, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu masih belum meraih sebarang 'debut' bersama skuad utama Portimonense SC.

Sebaliknya, tonggak Harimau Malaya itu sekadar memanaskan bangku simpanan dan hanya diturunkan ketika bersama skuad bawah 23 tahun menentang Sporting CP yang menyaksikan pasukannnya tewas 1-3.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 7:53 PM