Ad

Thursday 24 December 2020

'Apa nak hairan Safawi tak main lagi'

MyMetroTopic

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Status pemain terbaik Malaysia belum menjamin tempat tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam kesebelasan utama kelab Portugal, Portimonense SC.

Itu peringatan bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada Safawi yang kini masih lagi memanaskan bangku simpanan selepas menyertai Portimonense 4 Oktober lalu. Beliau yang pernah berkelana ke kelab Ligue 1, RC Strasbourg sebelum dipinjamkan kepada FCSB Haguenau berkata, sudah lumrah Safawi tidak diberikan kesempatan untuk bermain pada peringkat awal dan perlu menjalani latihan khusus sebelum diturunkan oleh jurulatih. Katanya, situasi sama turut berlaku kepada tonggak pemain Asia lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut memanaskan bangku simpanan sebelum beraksi bersama pasukan masing-masing.

''Bukan menghairankan apabila pemain terbaik negara seperti Safawi masih lagi tidak bermain untuk pasukan walaupun sudah lebih sebulan bersama Portimonense. Terbaik di Malaysia belum tentu menjamin tempat dalam kesebelasan utama kerana persaingan di liga Eropah amat hebat kerana menghimpunkan pemain ternama.

''Namun, saya pasti satu masa nanti dia akan diberi peluang untuk bermain kerana sudah pasti barisan kejurulatihan kelab itu sedang mempersiapkan Safawi ke arah itu,'' katanya.

Terbaru, Safawi terus memanaskan bangku simpanan ketika perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal walaupun menentang kelab Divisyen 3 UD Leiria yang menyaksikan pasukannya dikejutkan 0-1.

Sementara itu, Safawi ketika dihubungi enggan mengulas berkaitan perkara terbabit dan kini hanya mahu fokus kepada latihan saja.

sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 11:46 PM


Penuh dengan ilmu

No comments:

Post a Comment