Ad

Friday, 18 December 2020

Luqman ceria sambut wakil kedutaan [VIDEO]

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara yang berpengkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin ceria apabila pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Belgium melawatnya.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar jelas kelihatan Luqman gembira menyambut kehadiran pegawai itu yang hadir ke kelabnya KV Kortrijk (KVK) di Stadium Guldensporen di Kortrijk.

Kunjungan wakil kedutaan menyaksikan mereka di bawa melihat fasiliti yang ada di venue itu sambil ditemani penyerang berusia 18 tahun itu.

Mereka turut diberi taklimat mengenai perkembangan terkini Luqman di kelab terbabit sejak dia menyertai KVK pada Ogos lalu.

Sebelum ini, penyerang yang berasal dari Kota Bharu itu mengikat kontrak selama lima tahun bersama KVK yang beraksi dalam liga utama Belgium atau lebih dikenali dengan Jupiler Pro League.

Selepas hampir empat bulan di Eropah, Luqman berjaya meraih debut pertama apabila diturunkan sebagai pemain gantian ketika KVK menentang RSC Anderlecht.

Dalam aksi itu, pemain lincah kebangsaan terbabit dimasukkan pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic di mana KVK terpaksa akur tewas 3-1 di tangan RSC Anderlecht.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Disember 2020 @ 8:12 PM


No comments:

Post a Comment