Ad

Thursday, 17 December 2020

Safawi pulang ke JDT musim depan

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain sensasi negara, Safawi Rasid disahkan akan kembali beraksi semula di Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas dipinjamkan kepada kelab Portugal, Portimonense SC pada Oktober lalu.

Ia disahkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama stesen televisyen swasta negara hari ini, di mana khidmat pemain sayap itu ditagih untuk membantu JDT pada musim baharu nanti.

"Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus (kembali ke Malaysia)," katanya.

Safawi yang sudah hampir tiga bulan di Portugal sehingga kini masih belum meraih debut bersama skuad utama Portimonense SC.

Sebaliknya, dia hanya tersenarai selaku pemain simpanan dalam beberapa aksi Liga Primeira dan perlawanan pusingan ketiga Piala Portugal.

Bagaimanapun, pemenang anugerah pemain paling bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan itu setakat ini hanya beraksi untuk skuad bawah 23 tahun Portimonense SC ketika menentang Sporting CP.

Untuk rekod, Safawi dipinjamkan selama semusim namun dengan perkhabaran terbaru daripada Tunku Ismail itu menyaksikan dia terpaksa pulang awal ke tanahair dengan Liga-M dijadualkan bermula hujung Februari 2021.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2020 @ 10:52 PM

No comments:

Post a Comment