Ad

Wednesday, 23 December 2020

Kehadiran pemain naturalisasi suntik motivasi – Azman

  SUKAN



AZMAN berjaya melepasi halangan pemain Arsenal Gilies Grimandi pada aksi Malaysia menentang Arsenal di Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Kehadiran pemain naturalisasi suntik motivasi – Azman

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

20 Disember 2020, 12:02 pm

PENAMBAHAN pemain naturalisasi yang bakal diserapkan dalam skuad Harimau Malaya tidak memberi sebarang kesalahan malah keputusan tersebut dijangka dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.

Pandangan tersebut disuarakan oleh legenda bola sepak kebangsaan, Azman Adnan yang percaya kehadiran pemain-pemain naturalisasi itu dapat memberi motivasi buat tonggak tempatan beraksi dengan lebih baik.

Azman berkata, rekod pengambilan pemain naturalisasi sebelum ini menerusi pemain sayap kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh telah memberikan impak positif buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Jika ada penambahan pemain naturalisasi dalam kem skuad kebangsaan, saya rasa itu bukanlah masalah yang besar asalkan dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan.

Kalau saya masih lagi bermain, situasi ini akan membuatkan saya lebih bersemangat dan cukup bermotivasi untuk me­rebut tempat dalam kesebelasan utama.

Malah, saya telah buktikan apabila mampu bersaing dengan pemain import cukup berkualiti seperti Christopher Kiwomya dan Tony Cotte,” kata Azman ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Endrick dan Cabrera akan dinaturalisasikan bersama kelab Harimau Selatan bermula tahun 2022.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya yang kini menduduki ranking ke-153 dunia sudah mempunyai dua pemain naturalisasi iaitu Sumareh dari Gambia yang diberikan kerakyatan pada 2018.

Sementara itu, Liridon Krasniqi kelahiran Kosovo pula telah diberi kerakyatan pada awal tahun ini selepas bermain dalam kancah Liga M sejak musim 2015.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment