MyMetroArena
AFP
Rome: Wira bola sepak Itali, Paolo Rossi, yang mencetus inspirasi kepada kejayaan skuad kebangsaan negara itu pada Piala Dunia 1982, meninggal dunia pada usia 64 tahun menurut laporan media Itali, hari ini.
Mereka mengabdikan penghormatan kepada 'Pablito', bintang yang digantung kerana membabitkan skandal mengatur perlawanan namun kembali bangkit untuk memenangi Piala Dunia dan Ballon D'Or pada tahun sama.
Isteri Rossi, Federica Cappelletti mengumumkan kematian itu menerusi ciapan di Instagram disamping beberapa gambar mereka dengan tulisan "Selamanya," mengikut gerak hati.
"Tiada orang lain seperti kamu, unik, istimewa, selepas tidak mempunyai apa-apa..," Cappelletti turut mencatatnya di Facebook.
Skuad bola sepak Itali 1978 bergambar sebelum aksi pusingan pertama Piala Dunia. Paolo Rosso (berdiri dua dari kiri). FOTO File AFP
Ia hadir dua minggu selepas kematian legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona, pemenang Piala Dunia 1986.
Pencapaian Rossi diiktiraf sebagai memberi inspirasi kepada Itali ketika menjulang trofi Piala Dunia buat kali ketiga di Sepanyol pada 1982.
Dia menampilkan persembahan terbaik sepanjang karier pada awal kejohanan ketika dia meledak hatrik menewaskan Brazil, 3-2.
Disamping bersama Christian Vieri dan Roberto Baggio, pemegang rekod pemain Itali yang menjaringkan sembilan gol pada Piala Dunia.
Rossi menjaringkan 20 gol dalam 48 penampilan buat Itali dan diundi sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada 1982.
Dilahirkan di Prato dekat Tuscany, Rossi melakukan penampilan profesional pertama di Juventus pada 1973, dan turut beraksi untuk Vicenza, Perugia serta AC Milan sebelum menamatkan karier pada 1987 di Verona.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Disember 2020 @ 1:05 PM
No comments:
Post a Comment