Ad

Tuesday 22 December 2020

Kelantan FC sudah lunas tunggakan gaji Abou Bakr

Disember 22, 2020 @ 10:49pm



Gambar fail - Aksi bekas pemain import TRW, Abou Bakr Al Mel (jersi merah putih) ketika bertemu Kedah. - Foto NSTP/Syamsi Suhaimi.

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Abou Bakr Al Mel.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie berkata sebanyak RM969,283 sudah dibayar kepada bekas penyerang import dari Lubnan itu, menerusi dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lalu.

"Kelantan FC ingin mengumumkan kami telah berjaya melunaskan pembayaran hutang tertunggak sebanyak AS$233,000.00 (RM969,283.00) kepada Abou Bakr.

"Hutang itu dibayar dalam dua bahagian iaitu AS$133,000 (15 Oktober) dan AS$100,000 (17 Disember) kepada Peguamcara, Eleven & Law," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi pasukan itu, hari ini.

Abou Bakr beraksi bersama Kelantan pada 2017 bagi mengisi kekosongan posisi penyerang ditinggalkan bekas pemain import pasukan itu, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

Semalam, dilaporkan, Kelantan FC juga sudah melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji bekas pemain import dari Brazil iaitu Cassio Francisco sebanyak RM679,263.20.SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment