Ad

Sunday 6 December 2020

Cukup besar dugaan Syafiq' - Safawi

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Musibah yang menimpa tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) Syafiq Ahmad jelas mengejutkan ramai pihak termasuk rakan sepasukannya di Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Berita mengejutkan itu jelas turut mengundang rasa sedih Safawi dan berharap Syafiq bersabar dalam menempuh dugaan yang begitu berat.

Safawi berkata, dia mengetahui kemalangan menimpa Syafiq menerusi Whatsapp rakan lain selain turut membacanya di laman sosial.

"Cukup besar dugaan yang menimpa Syafiq selepas kehilangan insan tersayang iaitu ibu mentua dan anak keduanya.

"Saya mendoakan Syafiq tabah dan banyak bersabar selain memohon peminat bola sepak tanah air memberikan sokongan sewajarnya kepada pemain berkenaan.

"Ketika ini, saya mendapatkan maklumat lanjut daripada rakan sepasukan dan turut menghubungi Syafiq berkaitan musibah yang menimpannya," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Syafiq yang juga pemain skuad Harimau Malaya terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari.

Dua lagi yang maut dalam nahas kira-kira jam 5.30 pagi di KM163 Lebuh Raya Utara Selatan di Sungai Bakap itu ialah ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq, 25, dan seorang lagi anak perempuannya, dikenal pasti sebagai Aaira Nur Saffiya, 2, cedera ringan, manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, parah.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2020 @ 6:56 PM

No comments:

Post a Comment