MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my
Melaka: Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek kekal bersama Melaka United (MU) pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, pengalaman luas Apek menjadi antara faktor untuk dia terus dikekalkan bersama pasukan musim depan.
Menurutnya, Apek antara tunjang pasukan yang amat diperlukan untuk mencapai misi MU sebagai skuad yang mampu berdaya saing.
Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri. FOTO Ihsan MUFC
Katanya, selain Apek, dua penjaga gol musim ini iaitu Norazlan Razali dan Ahmad Solihin Mamat turut dikekalkan.
"Sekurang-kurangnya sembilan pemain musim lalu disambung kontrak sebagai teras pembentukan pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan.
"Keserasian mereka mampu memberi impak kecemerlangan dan perubahan buat MU sepanjang musim 2021," katanya.
Apapun, Mohd Saiful berkata, dengan penyertaan Apek, Norazlan dan Solehin pada musim baharu ini diharap saingan lebih sihat tiga penjaga gol terbabit dalam memastikan kubu pasukan lebih kebal kali ini.
Norazlan yang juga anak kelahiran Johor pernah menyertai negeri kelahirannya selain Kuala Lumpur, Selangor dan Felda United yang pernah membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super musim 2014.
Solehin, yang juga bekas penjaga gol Harimau Muda B dan menyertai Melaka pada 2015 dan 2016 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur pada musim 2017 dan 2018 dan kembali ke bumi Hang Tuah 2019 dan 2020.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 3:05 PM
No comments:
Post a Comment