Ad

Sunday, 27 December 2020

Bintang berpengalaman sandaran Sarawak United

 SUKAN



NORSHAHRUL atau Mat Yo merupakan antara nama besar bintang yang akan menyarung jersi Sarawak United bagi mengharungi saingan Liga Primier musim depan.

Bintang berpengalaman sandaran Sarawak United

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

25 Disember 2020, 3:30

PENGARAH Teknikal Sarawak United, B. Sathiananthan mengakui cukup teruja apabila menyaksikan bekas anak buahnya di pasukan Selangor, Sandro Da Silva dan Taylor Regan menyertai skuad Kenyalang musim depan.

Kata Sathiananthan, keputusan untuk menandatangani Da Silva dan Regan bukan diputuskan olehnya tetapi dibuat atas persetujuan daripada ketua jurulatih, E. Elavarasan.

Elavarasan sememangnya ada meminta pandangan saya untuk mendapatkan beberapa pemain yang masih belum memiliki kontrak dengan mana-mana pasukan termasuk Da Silva dan Regan.

Malah, saya turut membantunya mendapatkan Christie Jayaseelan dan kami percaya pemain-pemain ini dapat memperkuatkan pasukan untuk saingan musim depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sathiananthan turut mengesahkan barisan pemain untuk skuad utama hampir lengkap dan Elavarasan hanya menanti peluang untuk serapkan beberapa anak jati negeri itu dalam pasukan utama.

Bagi tempat dalam skuad utama, senarai pemain sudah hampir lengkap dan tidak mahu menggangu urusan Elavarasan dalam merencanakan perancangan pasukan untuk mengharungi persiapan pramusim nanti.

Cuma, fasa seterusnya adalah untuk terbang ke Sarawak tetapi ia tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat kerana pandemik Covid-19,” katanya.

Difahamkan, selain daripada Da Silva, Regan dan Christie, Sarawak United yang beraksi dalam kancah Liga Premier musim depan turut mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha dan Muhammad Gopi Rizqi.SUMBER-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment