Ad

Friday 31 July 2015

MH370: Beri harapan baru kepada keluarga mangsa

Sydney: Penemuan serpihan sayap pesawat yang terdampar di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi, Rabu lalu memberi harapan baru kepada 239 keluarga mangsa selepas pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang, lebih setahun lalu.
Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, penemuan bahagian sayap itu sebagai tanda positif untuk keluarga yang bersedih dan bakal menjawab seribu persoalan.
Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi mengesahkan komponen yang ditemui itu adalah milik Boeing 777.
“€œJika bahagian sayap itu disahkan sebahagian komponen daripada pesawat MH370, ia akan menjadi satu kejayaan yang pertama dalam pencarian pesawat yang hilang hampir 17 bulan lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“€œIni adalah tanda positif pertama dan memberi harapan baru buat keluarga mangsa,” katanya kepada portal Skynews.com.
Julie berkata, serpihan itu menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi.
Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan semalam mengesahkan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis untuk mengkaji serpihan pesawat atas permintaan pihak berkuasa di sana. - Skynews.com
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 1:01 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/67552#sthash.AQPbrD3c.dpuf

Karim terima ugutan bunuh


 

Karim terima ugutan bunuh
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
SEBUTIR peluru turut diletakkan dalam sampul surat ugutan bunuh yang dihantar kepada Karim semalam.

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) sekali lagi terpalit dengan ‘isu gangsterism’ apabila presiden badan induk sukan olahraga negara itu, Datuk Karim Ibrahim menerima ancaman berbaur ugutan bunuh.

Karim telah menerima surat layang berbaur ugutan yang kandungan berbunyi ‘cukup jadi presiden, letak jawatan, jangan bertanding jawatan OCM (Majlis Olimpik Malaysia) dan ini amaran terakhir, jangan cabar saya’.

Selain itu, kandungan surat layang tersebut turut mengaitkan Karim dengan insiden tembakan terhadap Naib Presiden KOM, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed di kediamannya di Sungai Buloh tahun lalu.

Lebih mengejutkan, Karim turut menerima sebutir peluru didakwa merupakan satu amaran keras kepadanya yang diisi dalam sampul surat yang dihantar ke pejabat KOM di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Perkara itu disahkan Noorul Ariffin yang turut menemani Karim membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Buloh sejurus selepas menerima surat tersebut di kediamannya di Taman Sri Gombak.

“Saya amat terkejut dengan perkara ini kerana ia merupakan kali kedua insiden seperti ini berlaku dengan KOM. Saya amat kecewa kerana berlakunya pelbagai ugutan dalam dunia sukan tanah air.

“Mungkin ia berkaitan dengan jawatan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MOM yang dijadualkan berlangsung pada September nanti. Kami hanya sukarelawan sahaja, tidak menerima gaji pun. Kenapa mereka gilakan kuasa sehingga sanggup melakukan ugutan seperti ini?

“Sekarang mereka gunakan cara mafia seperti ini, apabila kami lepaskan jawatan, mereka akan ambil alih. Saya fikir ia kerja orang yang sama ketika saya ditembak tahun lalu.

“Dia (Karim) mula berasa takut dengan ugutan seperti ini, sebelum ini dia sudah mula takut-takut selepas kes tembakan terhadap saya tahun lalu dan sekarang dia sendiri terima ugutan, dia perlu berjaga-jaga,” kata Noorul Ariffin kepada Kosmo! semalam.

Kes ugutan tersebut merupakan kali kedua berlaku terhadap pucuk pimpinan tertinggi KOM selepas Noorul Ariffin ditembak di bahagian kaki kanan gara-gara tidak berpuas hati dengan satu lagi jawatan yang dimenangi sebelum ini iaitu Presiden Persatuan Olahraga Johor.

Noorul Ariffin yang mewakili Karim berharap pihak polis akan melakukan siasatan terperinci dan menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3hXC5N2DQ Hakcipta terpelihara

Pandelela mendapat semangat baharu


 

Pandelela mendapat semangat baharu
Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH

PANDALELA lega kerana sudah mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik Rio tahun depan.
RATU terjun negara, Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform individu wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-16 di Kazan, Rusia kelmarin.

Namun, detik manis buat gadis Bidayuh dari Bau, Sarawak itu berjaya dilengkapkan apabila mengesahkan tiketnya ke temasya Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sebaik mara ke pusingan akhir acara kegemarannya itu kelmarin.

Pandelela menyifatkan kejayaan itu merupakan impian yang ditunggunya selama ini kerana pingat gangsa tersebut merupakan pingat pertama yang dimenanginya dalam acara kegemarannya pada kejohanan dunia.

“Cabaran untuk merangkul pingat pada kejohanan tersebut agak sukar kerana terdapat ramai penerjun hebat seperti dari China, Kanada, Australia dan Ukrain.

“Apa yang saya boleh katakan, ramai penerjun terbaik dunia turut layak ke separuh akhir dan mereka mempunyai daya saingan yang kuat serta darjah kesukaran terjunan yang tinggi. Malah, kali ini ramai penerjun muda yang turut memberi cabaran yang sengit dalam acara 10m platform.” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, selepas kejohanan tersebut, mereka akan meneruskan latihan dan memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi mempersiapkan diri menghadapi Sukan Olimpik nanti.

“Sebaik berakhirnya kejohanan di Kazan, kami akan meneruskan latihan di Malaysia bagi melakukan persiapan menghadapi Kejohanan Terjun Piala Asia,” jelasnya.

Dalam acara tersebut, Pandelela menampilkan aksi konsisten dalam empat daripada lima terjunannya untuk membolehkan Malaysia mengutip pingat pertama acara individu kejohanan ini.

Atlet kelahiran Sarawak itu melakukan terjunan pertamanya dengan mengumpul 75 mata sebelum membuat kesilapan pada terjunan kedua menyebabkannya hanya mengutip 65.25 mata.

Bagaimanapun, Pandelela bangkit semula dalam tiga terjunan terakhir dengan masing-masing menyumbang 81.60 mata, untuk mengumpulkan keseluruhan 385.05 mata yang sudah cukup untuk membolehkannya meraih gangsa.

Penerjun muda dari Korea Utara, Kim Kuk Hyang muncul juara dengan mengutip 397.05 mata manakala perak dimenangi atlet China, Qian Ren dengan 388.00 mata.

Sebagai rekod, Pandelela pernah memenangi pingat gangsa dalam acara 10m platform individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London dan beliau juga menjuarai acara yang sama pada Kejohanan Terjun Siri Dunia 2015 di Windsor dan Kejohanan Dunia Rom, Itali ketika berganding dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama pada 2009 serta Barcelona, Sepanyol 2013.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3hX9mAFMy Hakcipta terpelihara

Harga petrol, diesel turun 10 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam tadi.

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai pukul 12.01 pagi 1 Ogos ini,” kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi di sini semalam.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggunjawab di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3hWcFU8Dz Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN LIGA PERDANA 31.7.2015


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
DRB – Hicom 1 – 1    UiTM FC
m- 53 Ivan Babic        m-4 Dao Bakary

Kuala Lumpur 2 – 0   Pulau Pinang
m-67 Lee Jin-seuk
m-88 Pritam Singh     

SPA Putrajaya FC       3 – 0    Sabah
m-65 Rodion Sergeyevich
m-77 Nor Azizi Azman
m-81 Khairul Azry     

Kedah                         1 – 1    PKNS FC
m-47 Liridon Krasniqi            m-22 Pedro Henrique

JDT 2                  4 – 1            T – Team
m-14 Shafiq Shahrudin   m-21 Tomislav Busic 
m-43 Shahril Ishak
m-49 Baihakki Khaizan
m-63 Akmal Ishak     

Negeri Sembilan          2 – 0    Kuantan

m-49,m-66 Forkey Doe           

Persetujuan Manila.

Pada hari ini 31.7.2015 dalam tahun 1963,  Perdana  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu,  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  telah mewakili  kerajaan  Tanah  Melayu  dalam  upacara  menandatangani  satu  persetujuan  yang  dikenali  sebagai   Persetujuan  Manila.  Persetujuan  yang  ditandatangani  di  Manila  ini  adalah   diantara  Kerajaan  Persekutuan  Tanah  Melayu,  Republik  Indonesia  dan  Filipina.  Kerajaan  Republik  Indonesia  diwakili  oleh  Presiden  Soekarno,  manakala  kerajaan  Filipina  pula  diwakili  oleh  Presiden  Diosdado  Macapagal.  Persetujuan  ini  ditandatangani  untuk  kepentingan  bersama  bagi  menjamin  keutuhan,  keselamatan,  pembangunan  ekonomi  dan  kemajuan  sosial  serantau.  Persetujuan  ini  juga  mengandungi  pendirian  kerajaan  Republik  Indonesia  dan  Filipina  berhubung  penubuhan  Malaysia  dan  kemasukan  Borneo  Utara  ke  dalam  Malaysia.  Ketiga-tiga  ketua  kerajaan  ini  juga  telah  mencapai  kata  sepakat  dan  persetujuan  bersama  agar  sebarang  pertelingkahan  terutama  mengenai  tuntutan  Filipina  ke  atas  Borneo  Utara  diusahakan  secara  aman  serta  selaras  dengan  Piagam  Bangsa-Bangsa  Bersatu  dan  Deklarasi  Bandung.  Sesungguhnya,  persetujuan  yang  ditandatangani  ini  telah  membawa  kepada  pembentukan  Malaysia  pada  16  September  1963.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

PERANG BETING MARU.

Pada hari ini Jumaat 31.07.1849, satu pertempuran telah berlaku antara orang-orang Iban Saribas dengan angkatan perang James Brooke di sebuah beting pasir yang besar dinamakan Beting Marau di Kuala Sungai Kerian, Sarawak. Pertempuran yang mengorbankan banyak jiwa ini terkenal sebagai Perang Beting Marau. Perang yang berlaku ini adalah berikutan pengepungan yang dilakukan oleh angkatan perang James Brooke untuk memerangi orang Iban Saribas yang dianggap oleh Brooke sebagai perompak laut. James Brooke telah melengkapkan angkatannya dengan 3 buah kapal perang bertama H.M.S. Royalist, Albatros dan Namesis. Di samping itu angkatan tersebut disertai oleh kapal-kapal kecil dan perahu yang hanya mengandungi lebih daripada 3,000 orang. James Brooke dan angkatan perangnya telah bertolak dari Kuala Sungai Sarawak pada 25 Julai dan pada 27 Julai, angkatan James Brooke telah mengepung Kuala Sungai Kerian. James Brooke mendapat berita bahawa pada 26hb. Julai satu angkatan perompak laut yang besar telah bertolak meninggalkan Sungai Saribas menuju ke arah Sungai Batang Lupar dengan tujuan menyerang sebuah kampung besar. James Brooke telah mengatur rancangan untuk menyerang angkatan tersebut apabila mereka pulang ke tempat mereka di Sungai Saribas. Selama 3 hari angkatan perang James Brooke menunggu dan akhirnya kelihatan perahu-perahu orang Iban Saribas sebanyak 150 buah menuju ke Kuala Kelakar. Apabila hari malam, perahu-perahu tersebut cuba masuk ke Sungai Saribas. Angkatan perang James Brooke telah mengepung dari belakang dan berlakulah pertempuran. Orang Iban Saribas  bayak yang tewas dan terpaksa berundur. Ketua Orang Iban Saribas bernama Linggir yang enggan mengalah, dengan marah dan bengisnya telah membawa pasukannya menyerang salah sebuah kapal perang James Brooke yang bernama Namesis yang berlabuh berhampiran Beting Marau. Pertempuran yang hebat telah berlaku mengakibatkan ramai orang Iban Saribas terbunuh dan yang lainnya melarikan diri. Perahu-perahu mereka banyak musnah dan karam. Hanya perahu Linggir dan Abang Apung bersama orang-orangnya sahaja yang dapat melepaskan diri dari pertempuran tersebut. Pertempuran inilah yang dikenali sebagai Perang Beting Marau.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Thursday 30 July 2015

Gempar Bukit Aman terbakar


 

Gempar Bukit Aman terbakar
Oleh MALINDA ABDUL MALIK dan AZZMAN ABDUL JAMAL
KEBAKARAN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman boleh dilihat dari jarak beberapa kilometer.

KUALA LUMPUR – Kaki lima tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar dalam satu kejadian di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.10 malam itu, hanya beberapa dokumen serta buku-buku yang diletakkan di kaki lima pejabat pentadbiran Jabatan Siasatan Jenayah itu musnah dijilat api, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 malam.

“Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa dengan kekuatan seramai 24 pegawai dan anggota tiba ke lokasi pada pukul 7.37 malam.


BEBERAPA dokumen milik Jabatan Siasatan Jenayah hangus terbakar dalam kejadian pada pukul 7.10 malam tadi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api sedang marak. Bagaima­napun, kami berjaya mengawal keadaan kira-kira 10 minit kemudian,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Pada masa sama, kebakaran itu turut menarik perhatian orang ramai selain menjadi viral dalam media sosial.

Kebakaran di bangunan setinggi 30 tingkat itu dapat dilihat dari jarak sejauh beberapa kilometer.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengesahkan kebakaran yang berlaku di tingkat 10 menara 2 Bukit Aman.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3hNrx9aZG Hakcipta terpelihara

Undian sukar buat beregu wanita negara


 

Undian sukar buat beregu wanita negara
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
VIVIAN (belakang) dan Khe Wei bakal berdepan pasangan Fukuman-Yonao pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta bulan depan.

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei bakal mengharungi laluan sukar pada Kejohanan Badminton Dunia 2015 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula 10 hingga 16 Ogos depan.

Walaupun tampil selaku pilihan ke-12 kejohanan, namun pasangan yang berada di ranking ke-11 dunia itu terpaksa akur dengan undian kejohanan dunia. Ia bakal menyaksikan mereka bertemu beregu-beregu yang konsisten sebaik sahaja memulakan kejohanan pada pusingan kedua.

Vivian-Khe Wei mendapat bye pada pusingan pertama kejohanan dan mereka berkemungkinan menentang pasangan Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao yang dilihat mempunyai kelebihan berbanding pencabarnya pada aksi pembukaan, Ekaterina Bolotova-Evgeniya Kosetskaya dari Rusia.

Bagaimanapun, jika mereka berjaya menewaskan pasangan Jepun itu, pasangan kembar China, Luo Ying-Luo Yu yang kini berada di ranking kedua dunia pula akan menjadi halangan besar untuk Vivian-Khe Wei mara ke pusingan ketiga.

Vivian berkata, persiapan yang rapi perlu dilakukan apabila menentang Fukuman-Yonao kerana pasangan itu pernah menewaskan mereka pada Masters Malaysia 2015, Januari lalu.

“Memang undian yang sukar kali ini kerana pada pusingan kedua sudah bertemu beregu Jepun yang pernah menewaskan kami sekali sebelum ini. Saya sangat berharap boleh mencatatkan kemenangan pada pusingan ini dahulu.

“Bagaimanapun, mengenai laluan saya pada kejohanan dunia saya rasa kami tidak perlu terlalu memikirkannya kerana fokus kami menentang Jepun dahulu.

“Fikir jauh-jauh pun saya rasa tiada guna kerana jika menang dengan pasangan Jepun ini kami akan bertemu beregu China pula,” kata Vivian.

Penyertaan ke kejohanan dunia kali ini akan menyaksikan penampilan ketiga mereka selepas tewas awal pada pusingan ketiga edisi 2013 dan tersingkir pada pusingan kedua tahun lalu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3hNq6qi00 Hakcipta terpelihara

Tiada jalan mudah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
 
KEMAMPUAN pemain tempatan perlu diberi keutamaan daripada mengambil pemain naturalisasi untuk beraksi dengan skuad kebangsaan. – Gambar hiasan

LANGKAH mengambil pemain naturalisasi untuk beraksi dengan skuad bola sepak kebangsaan belum tentu membawa perubahan dalam pasukan. Ia sekadar jalan mudah dan tidak membawa kebaikan untuk jangka panjang.

Menyedari hakikat tersebut, pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar kecil) dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak yakin kehadiran pemain-pemain naturalisasi ini mampu membawa kejayaan kepada pasukan negara.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengkaji dan mencari punca kemerosotan bola sepak negara yang semakin kurang menyengat di pentas antarabangsa kebelakangan ini.

“Pada pandangan saya, kelemahan paling ketara ialah kegagalan kita mencungkil bakat baharu, sedangkan begitu ramai golongan remaja berbakat dalam sukan bola sepak di seluruh negara.

“Kerja-kerja pembangunan pada peringkat akar umbi tidak diberi keutamaan dan pemain muda pula tidak diberi pendedahan yang mencukupi bagi mengembangkan bakat yang ada pada mereka.

“Saya lihat modul sukan sekarang sudah tidak sama seperti 30 atau 40 tahun yang lalu. Dulu, pembangunan pada peringkat akar umbi cukup penting bagi memastikan aliran pemain sentiasa berjalan dengan lancar.

“Justeru, saya tidak nampak kemasukan pemain naturalisasi akan memberikan manfaat jangka panjang kepada bola sepak negara dan saya tidak menyokong cadangan itu. Jadi, saya fikir lebih baik FAM memikirkan cara untuk memperkasakan lagi pembangunan peringkat akar umbi berbanding mengambil pemain import.

“Mengapa perlu menggunakan tenaga asing? Jika kita terlalu banggakan dengan Brazil, mereka (Brazil) pun gagal menjuarai Piala Dunia 2014 dan apa yang saya maksudkan sekarang adalah kita perlu yakin dengan keupayaan anak-anak tempatan.

“Saya fikir kaedah ini telah merosakkan suasana bola sepak dunia dan memetik kata-kata legenda Brazil, Pele, ‘bola sepak moden sudah hilang serinya’. Jadi, saya kekal berpendirian bahawa naturalisasi bukan penyelamat bola sepak Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, pemain asing yang berhasrat untuk beraksi dengan negara luar merupakan kumpulan pemain yang tidak berpeluang mewakili negara kelahiran mereka, yang bermakna bahawa mereka adalah pemain yang kurang berkualiti.

“Kalau FAM mengambil pemain ‘buangan’ di negara kelahiran mereka itu beraksi dengan skuad kebangsaan, ia tidak akan membawa hasil lumayan kerana mereka bukan pemain yang berkualiti. Pemain yang berkualiti tidak akan dilepaskan oleh negara mereka untuk beraksi dengan pasukan lain,” tegas Kay Kim.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ialah FAM perlu memberi tumpuan kepada aspek pembangunan yang akan menguntungkan bola sepak negara untuk jangka panjang.

“Persatuan peringkat negeri juga perlu memainkan peranan agar bakat yang ada di negeri masing-masing dididik sebaik mungkin,” katanya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3hNjsGilC Hakcipta terpelihara

Wednesday 29 July 2015

Mohamed Apandi Peguam Negara baharu

MAISARAH SHEIKH RAHIM  |  29 Julai 2015 1:22 AM
 Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR 28 Julai - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam kenyataan memberitahu, pelantikan Moha- med Apandi dibuat bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang tamat khidmat jawatan itu atas sebab-sebab kesihatan.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memper- kenankan pelantikan Mohamed Apandi atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Abdul Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober ini. Beliau telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
“Saya bagi pihak kerajaan me- rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Ali, Mohamed Apandi yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang, Universiti London dan Bar-At-Law, Inner Temple London, pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Hakim Mahkamah Rayuan.
Kata beliau, sebelum itu, Mohamed Apandi yang pernah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London, memegang jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mohamed-apandi-peguam-negara-baharu-1.118189#sthash.Pn8KhgOB.dpuf

Negara Persekutuan Amerika Syarikat

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
Konsep negara Persekutuan
Istilah persekutuan berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
 
Sistem persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang terdiri daripada dua kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Setiap kerajaan pusat dan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu. Apabila  wilayah-wilayah tersebut bergabung ke dalam sebuah persekutuan, dengan sendirinya wilayah-wilayah berkenaan menyerahkan kedaulatan kepada kerajaan pusat dan ketaatan rakyat tertumpu kepada kerajaan persekutuan.[1]

      Sungguhpun wilayah tersebut telah menyerahkan kedaulatannya kepada kerajaan pusat, wilayah tidak akan hilang identiti kerana ada perkara-perkara tertentu yang dijamon oleh perlembagaan persekutuan. Perlembagaan Amerika tetap memberi kebebasan kepada negeri-negeri menggubal undang-undang yang berkaitan dengan adat dan budaya tempatan kerana setiap negeri mempunyai latar belakang dan sejarah yang berlainan.

      Amerika Syarikat merupakan negara persekutuan yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britain. Amerika Syarikat mempunyai 50 buah negeri dan saiznya luas. Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum, namu perpaduan rakyatnya masih utuh.[2]

Pemerintahan Negara Persekutuan
Perlembagaan Amerika menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika.
 Presiden Amerika boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto.Presiden juga mengawasi kongres. Walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa yangluas, rakyat tidak bangkit menentang kerajaan.Ini kerana kebebasan mereka tidak diusik. Perkara berkaitan dasar luar dan perdagangan diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

Ciri-ciri negara Persekutuan.
Kerajaan pusat tidak diberi kuasa yang banyak. Persekutuan merupakan liga negeri dan bukan kerajaan pusat yang kuat. Kerajaan pusat tidak dapat melaksanakan projek pembangunan kerana kurang sumber kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan pusat bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri. Kerajaan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan antara negeri atau negara lain.[3]

Konvensyen Philadelphia 1787.
Dalam Konvensyen Philadelphia 1987 timbul perdebatan hangat tentang kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat dan yang akan mengawal kerajaan pusat. Persidangan ini membawa kepada pembentukan Perlembagaan Amerika setelah kompromi dicapai dalam kalangan 13 buah negeri.

      Perlembagaan Amerika telah menggariskan secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Ia dilakukan supaya terdapat satu sistem timbang tara sebagai perlingungan unsur-unsur authoritarian dan radikal.[4]
      Perubahan kedudukan kerajaan selepas abaf ke-18 (Konvensyen Philadelphia)
Antara perubahan ialah memberi kuasa kepadaKerajaan Persekutuan membuat keputusan dalam hal mata wang, mengisytihar peperangan , megenakan cukai, menggubal undang-undang berkaitan bidang kehakiman dan menguasai bidang perdagangan.

Presiden boleh membatalkan undang-undang dengan menggunakan kuasa veto dan boleh mengawal kongres. Kongres pula melalui dua pertiga undi di kedua-dua Dewan Senat dan dewan Perwakilan boleh mengatasi kuasa veto Presiden. Oleh itu, apabila menggubal undang-undang satu pihak boleh mengawasi pihak yang lain.

      Oleh kerana kerajaan Persekutuan diberi kuasa yang lebih luas, rakyatnya juga tidak menentang kerana kebebasan dan hak peribadi mereka tidak diusik dan kuasa berkaitan dasar luar dan perdagangan yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang berjaya mengawal kedudukan ekonomi dan politik antarabangsa.[5]



[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),143.  
[2] Ibid.
[3]“Negara Bangsa”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,73.   
[4]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,144,
[5] Ibid,145.

Tuesday 28 July 2015

Ahmad Zahid dilantik TPM baharu

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
 
NAJIB (tengah) mengumumkan rombakan Kabinet yang melibatkan pengguguran Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut hadir ialah Ahmad Zahid (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan empat menteri lain dalam rombakan Kabinet selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Dalam rombakan Kabinet yang berkuat kuasa hari ini, Najib mengumumkan jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diambil alih oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga mengekalkan jawatan Menteri Dalam Negeri.

“Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

“Sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet,” katanya ketika mengumumkan rombakan Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini yang turut disiarkan secara langsung menerusi TV1.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3hFsk7Nkg Hakcipta terpelihara

KEPUTUSAN PENUH KELANTAN 5-1 ATM

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan                               5-1  ATM
m- 3,m-63 Erwin Carrillo             m-8 Venice Elphi
m- 38 Wan Zack Haikal
m-42  Nor Farhan Muhammad
m- 74 Wan Zaharulnizam
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 FITRI OMAR
04 JONTHAN MCKAIN
05 NIK SHARUL AZIM
09 ERVIN CARRILO
10 MOHD NOR FARHAN
12 AMAR ROHIDAN
11 WAN ZACK HAIKAL
16 BADHRI RADZI
28 AMIRIZDWAN TAJ
23  GILMAR DA SILVA
PEMAIN GANTIAN
08 WAN ZAHARULNIZAM


TERKINI MASA KEDUA KELANTAN 3-1 ATM

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan                                         3-1  ATM
m- 3 Erwin Carrillo                      m-8 Venice Elphi
m- 38 Wan Zack Haikal
m-42  Nor Farhan Muhammad

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 FITRI OMAR
04 JONTHAN MCKAIN
05 NIK SHARUL AZIM
09 ERVIN CARRILO
10 MOHD NOR FARHAN
12 AMAR ROHIDAN
11 WAN ZACK HAIKAL
16 BADHRI RADZI
28 AMIRIZDWAN TAJ

23  GILMAR DA SILVA

TERKINI KELANTAN 3-1 ATM

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan                                         3-1  ATM
m- 3 Erwin Carrillo                      m-8 Venice Elphi
m- 38 Wan Zack Haikal
m-42  Nor Farhan Muhammad

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 FITRI OMAR
04 JONTHAN MCKAIN
05 NIK SHARUL AZIM
09 ERVIN CARRILO
10 MOHD NOR FARHAN
12 AMAR ROHIDAN
11 WAN ZACK HAIKAL
16 BADHRI RADZI
28 AMIRIZDWAN TAJ

23  GILMAR DA SILVA

TERKINI KELANTAN 3-1 ATM

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan      3-1  ATM
m- 3 Erwin Carrillo

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 FITRI OMAR
04 JONTHAN MCKAIN
05 NIK SHARUL AZIM
09 ERVIN CARRILO
10 MOHD NOR FARHAN
12 AMAR ROHIDAN
11 WAN ZACK HAIKAL
16 BADHRI RADZI
28 AMIRIZDWAN TAJ
23  GILMAR DA SILVA


TERKINI KELANTAN 1-0 ATM

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan      1-0  ATM
m- 3 Erwin Carrillo

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
02 FITRI OMAR
03 JONTHAN MCKAIN
05 NIK SHARUL AZIM
09 ERVIN CARRILO
10 MOHD NOR FARHAN
12 AMAR ROHIDAN
14 WAN ZACK HAIKAL
16 BADHRI RADZI
28 AMIRIZDWAN TAJ
23  GILMAR DA SILVA


Sokong guna pemain naturalisasi

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI DAN ZAZALI JAMIAN  |  27 Julai 2015 12:50 AM
Patrick RONALDINHO (kanan) diasak oleh pemain  Liverpool, Martin
PATRICK RONALDINHO (kanan) diasak oleh pemain Liverpool, Martin Skrtel dan penjaga gol Adam Bogdan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Jumaat lalu. Ronaldinho memberi impak kepada skuad Pilihan Malaysia apabila menjaringkan gol pendahuluan perlawanan. utusan/Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju bahawa skuad kebangsaan memerlukan pemain naturalisasi andai tindakan itu mampu memberikan impak positif kepada pembangunan bola sepak negara.
Setiausaha Agung FAM dan juga pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, langkah itu mungkin diambil sekiranya FAM berasakan pengambilan pemain naturalisasi mampu meningkatkan tahap bola sepak negara dan skuad negara dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa selain dilakukan sebagai salah satu cara membangunkan bola sepak negara.
“Sekiranya bagus untuk pembangunan bola sepak apa salah­nya. Kita di pihak FAM menyokong pengambilan pemain naturalisasi sebagai salah satu cara untuk me­ningkatkan prestasi bola sepak negara, tetapi harus diingat pengambilan pemain itu perlu mendapat kelulusan kerajaan.
“FAM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil langkah itu dengan sendiri tanpa kelulusan pihak kerajaan kerana yang memberi status warganegara bukan kita tetapi kerajaan.
“Pendekatan yang kini diambil FAM adalah mengambil pemain yang mempunyai pertalian darah dari ayah, ibu, datuk, nenek atau sebagainya seperti Junior Eldstal, Brendan Gan dan Matthew Davies yang memudahkan kita dalam urusan membuat pasport dan kad pengenalan sebagai warganegara Malaysia,” katanya kepada pembe­rita semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di Petaling Jaya, dekat sini semalam.
Kelmarin jurulatih skuad negara Dollah Salleh meluahkan pandangannya bahawa kejayaan skuad Pilihan Malaysia mempamerkan aksi meyakinkan menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool membuktikan pemain luar mampu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan.
Ini terbukti apabila lima pemain import dalam Liga Super dan Perdana iaitu dua pe­nyerang Patrick Ronaldinho dan Charles Souza Chad, dua pertahanan Vincent Bikana serta Thiago Ju­nior Aquino dan seorang pemain tengah Zah Rahan Krangar untuk memperkuatkan cabaran Pilihan Malaysia dapat membantu skuad negara melakar keputusan seri 1-1 dengan The Reds.
Semua pemain itu memberi sumbangan besar, terutama Ronaldinho yang menjaringkan gol pendahuluan manakala kehadiran Bikana serta Thiago yang tegap menjadi penghalang utama skuad kendalian Brendan Rodgers daripada menembusi pertahanan skuad negara.
Bagaimanapun Hamidin berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh exco FAM dan mendapat persetujuan sebelum dicadangkan kepada kerajaan.
“Perkara ini perlu diperhalusi dahulu dan mendapat persetujuan semua exco FAM. Selepas itu baru kita bawa usul ini kepada kerajaan.
“Kalau kerajaan benarkan maka bagus untuk bola sepak kita tetapi ditekankan di sini perkara itu bukan menjadi keutamaan kerana kita ada banyak lagi perancangan masa panjang.
“Pembangunan akar umbi adalah lebih mustahak dan kita ada lagi pemain naturalisasi yang ada pertalian darah dengan negara bakal dibawa pulang. Siapa pemain itu kita akan beritahu kemudian,” jelasnya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sokong-guna-pemain-naturalisasi-1.117377#sthash.Y76PatOY.dpuf