Gerakan kesedaran yang
pertama digerakkan oleh mereka yang berpendi ikan agama dari timur tengah.
Mereka menerima pengaruh dan ilham dari gerakan Reformis Islam yang diketuai
oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.Kaum muda ini bermatlamat
untuk memajukan bangsa Melayu berasasaan
perjuangan agama Islam. Lidah rasmi yang pertama bagi Kaum Muda ini
ialah al-Imam.Di antara para pemimpin
umatnya ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al- Hadi, Hj. Abbas
bin Mohd Taha dan Syeikh Mohd Salim al-Kalali.
Antara matlamat perjuanagan Kaum Muda ialah untuk memajukan kaum Melayu
berasaskan ajaran lslam.yang sebenar iaitu berpandukan al-Quran dan Hadis.
Mereka bermatlamat untuk membebaskan orang Melayu dari amalan-amalan taklid
buta serta amalan khurafat serta bidaah. Semua amalan inilah yang menghalang
kemajuan orang Melayu. Pengamalan Islam yang sebenarnya merupakan jawapan
kepada segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang dihadapi oleh orang
Melayu.
Kaum Muda menekankan
kepentingan sistem pendidikan kepada bagi.kemajuan orang Melayu. Pendidikan
adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat
pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih liberal. Pendidikan di
kalangan kaum perempuan juga
dipentingkan. Selain menekankan kepentingan pendidikan agama, pendidikan bercorak moden seperti penekanan
Bahasa Inggeris juga dititikberatkan.
Di dalam aspek politik, Kaum muda bersikap
anti penjajah dan bersikap tidak mahu
bekerjasama. Kaum muda mengacak penjajah Inggeris kerana gagal
memberikan pendidikan yang cukup dan
seterusnya memajukan orang Melayu. Kaum Muda
berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British.
Kaum muda juga bersifat anti birokrasi elit
Melayu. Raja-raja dan para pembesar Melayu diingatkan supaya memelihara
kepentingan orang Melayu. Mereka diseru agar melakukan sesuatu seperti
menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan
dan pembangunan ekonomi.
Kaum muda turut menuntut
orang Melayu menceburkan diri di datam bidang
perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan sistem kemudahan di
bank. Antara strategi perjuangan kaum muda ialah melalui akhbar dan majalah
Al-Imam Al Imam muncul pada bulan Julail 1906
di Singapura. Ianya satu penerbitan bulanan dan dihentikan penerbitannya pada
bulan Disember 1908. Tujuan al-Imam ialah untuk mengingatkan mana yang lalai
dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan
suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu). Selain
itu terdapat juga akhhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan
penulisan kaum muda; Neraca (Singapura 1911-1915), Al-Ikhwan (P.Pinang1926-1931), Saudara (P. Pinang
1928-1941), dan Edaran Zaman (P. Pinang 1925-1930)
Penyampaian idea perjuangan
melalui perbincangan agama dimasjid dan madrasah. Kaum muda juga terlibat di
dalam penubuhan Madrasah Al-Ikbal yang dibuka pada 21 November 1907. Melalui
madrasah ini mata pelajaran yang bukan bersifat keagamaan seperti bahasa
Inggeris, bahasa Melayu, Matematik, Geografi, dan Sejarah telah diperkenalkan
bersama mata pelajaran bersifat keagamaan. Madrasah-madrasah lain yang turut
diasaskan oleh Kaum Muda ialah seperti Madrasah Al- Hadi (Melaka 1917),
Madrasah Muhammadiah (Kota Bharu 1917), dan madrasah Al- Diniah (Kg. Lalang
Perak, 1924)
Kaum muda mendapat tentangan
darinada kaum tu. Kaum tua merupakan terdiri daripada hierarki agama rasmi,
elit Melayu tradisional dan golongan agama di luar bandar. Pertentangan pendapat ini berlaku
melalui akhbar-akhbar. Lidah rasmi kepada kaum Tua adalah aklbar Lidah Benar
dan Suara Benar. Kaum muda telah dianggap sebagai kurang ajar dan tidak bertata
susila. Kaum tua menentang kaum muda kerana kegiatan dan idea-idea kaum muda
ini menggugat kedudukan mereka sebagai elit agama di dalam masyarakat Melayu sama
ada di peringkat negeri mahupun di peringkat kampung-kampung. Para mufti telah
mengeluarkan fatwa yang mengutuk kaum muda sebagai kafir dan Qadiani. Kaum muda
telah dilarang untuk berkhutbah dan memberi syarahan di masjid. Terdapat
beberapa penerbitan kaum yang diharamkan penyebarannya di beberapa negeri.
Perjuangan kaum muda boleh
dianggap berjaya dilemahkan oleh perjuangan kaum tua. Kaum tua telah
menggunakan kelebihan kedudukan mereka sebagai elit agama untuk mempengaruhi
sultan dan juga pemerintah Inggeris bagi menekan dan menindas perjuangan kaum muda. Kaum muda telah gagal
untuk mewujudkan gerakan massa. Menjelang tahun-tahun sebelum meletusnya Perang
Dunia Kedua, perjuangan nasionalisme Melayu lebih tertumpu pula kepada
usaha-usaha untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi orang Melayu. Perjuangan
corak ini pula lebih mendapat tempat dalam gerakan massa.
No comments:
Post a Comment