Oleh TENGKU ASYRAF TENGKU
SALLEHUDDIN
RAZMAN (kanan) tekad memberikan
aksi terbaik pada aksi persahabatan Pilihan Malaysia menentang Liverpool di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat ini.
KAPTEN Pahang, Mohd. Razman
Roslan membuat keputusan untuk melakukan ‘pusingan U’ bagi menyertai skuad
Pilihan Malaysia menentang kelab gergasi Liga Perdana England, Liverpool di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Razman dilihat hadir melaporkan
diri di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam untuk menjalani
latihan pusat bermula hari ini sehingga 25 Julai.
Pemain pertahanan itu mengakui
keputusan tersebut dibuat selepas dia melakukan perbincangan dengan
jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan dan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh
yang nyata mahu menggunakan khidmatnya dalam pertemuan menentang The Reds
nanti.
“Jika jurulatih memerlukan
khidmat saya, maka saya terpaksa akur dan bersikap positif untuk membantu
skuad kebangsaan. Selepas melakukan perbincangan dengan Zainal, dia menyuruh
saya melaporkan diri, mungkin untuk kebaikan diri saya sendiri dan pasukan
kebangsaan.
“Saya tekad beri yang terbaik
dan akan memberi 100 peratus untuk membalas kepercayaan jurulatih kerana telah
memilih saya. Hendak kata langkah baharu untuk kembali berada dalam skuad
negara tak juga, cuma saya tetap akan memberi yang terbaik seperti ketika
bermain bersama Pahang.
“Walaupun pada mulanya saya
meminta untuk menarik diri, namun selepas perbincangan memang jurulatih
memerlukan khidmat saya, jadi saya membalas apa yang jurulatih mahukan,”
katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sebelum ini, Razman menolak
untuk menyertai pasukan Pilihan Malaysia atas alasan merasakan dirinya tidak
cukup bersedia bagi menggalas tanggungjawab tersebut ketika beraksi dalam perlawanan
itu nanti.
Sebagai rekod, kali terakhir
Razman dipanggil menyertai skuad kebangsaan adalah pada September tahun lalu
menentang Kemboja yang menyaksikan Malaysia menang 4-1.
Bagi Razman, apa yang
diperlukan adalah persefahaman dengan pemain dalam pasukan termasuk
kombinasi bersama lima pemain import yang turut dipanggil dalam memberikan aksi
yang terbaik.
“Tahun lepas ada rasanya
sebelum Piala AFF Suzuki dan selepas itu saya tidak dipanggil. Kali terakhir
saya bermain bersama skuad kebangsaan adalah tahun lepas semasa perlawanan
persahabatan menentang Kemboja.
“Pandangan saya, setiap pemain
mahu bermain bertemu dengan kelab-kelab terbaik seperti ini. Apa yang pasti,
saya akan memberi komitmen supaya dapat membantu skuad kebangsaan.
“Apa yang saya lihat, nak kata
baharu pun tidak, cuma ada yang diserap kembali ditambah dengan lima pemain
import jadi perlukan banyak komunikasi dengan kesemua pemain supaya dapat
tingkatkan persefahaman dalam pasukan,” ujarnya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3gPtUYP9F
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment