Ad

Friday, 31 July 2015

MH370: Beri harapan baru kepada keluarga mangsa

Sydney: Penemuan serpihan sayap pesawat yang terdampar di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi, Rabu lalu memberi harapan baru kepada 239 keluarga mangsa selepas pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang, lebih setahun lalu.
Menteri Luar Australia Julie Bishop berkata, penemuan bahagian sayap itu sebagai tanda positif untuk keluarga yang bersedih dan bakal menjawab seribu persoalan.
Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi mengesahkan komponen yang ditemui itu adalah milik Boeing 777.
“€œJika bahagian sayap itu disahkan sebahagian komponen daripada pesawat MH370, ia akan menjadi satu kejayaan yang pertama dalam pencarian pesawat yang hilang hampir 17 bulan lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
“€œIni adalah tanda positif pertama dan memberi harapan baru buat keluarga mangsa,” katanya kepada portal Skynews.com.
Julie berkata, serpihan itu menjadi bukti yang meyakinkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi.
Sementara itu, Boeing dalam satu kenyataan semalam mengesahkan menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis untuk mengkaji serpihan pesawat atas permintaan pihak berkuasa di sana. - Skynews.com
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 1:01 PM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/67552#sthash.AQPbrD3c.dpuf

No comments:

Post a Comment