Oleh Ferzalfie Fauzi & Mohd
Firdaus Hashim-sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Hasrat Liverpool
untuk mencatat kemenangan besar ketika bertemu Pilihan Malaysia tidak
kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium
Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Pilihan Malaysia yang dibimbing
jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh berada di depan pada minit ke-13 apabila
Patrick Wleh Ronaldinho melakukan rembatan dari jarak dekat menewaskan penjaga
gol, Adam Bogdan.
Pada minit ke-28 Liverpool
menyamakan kedudukan apabila pemain sayap kanan, Jordon Ibe melakukan gerakan
solo sebelum merembat dari penjuru petak penalti menumpaskan penjaga gol,
Khairul Azhan Md Khalid.
Kelab gergasi Liga Perdana
Inggeris (EPL) itu hampir menambah gol kedua pada minit ke-42 namun rembatan
Dovock Origi berjaya ditepis Khairul Azhan.
Kedua-dua pasukan saling
berbalas serangan pada separuh masa kedua namun buntu untuk menambah jaringan.
Kira-kira 60,000 penyokong
terutama peminat Liverpool di Malaysia hadir menyaksikan perlawanan sempena
jelajah pramusim kelab berkenaan.
PILIHAN MALAYSIA: Mohd Khairul
Azhan Mohd Khalid, Vincent Bikana, Mohd Razman Roslan (kapten) (Yong Kuong
Yong), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Nazirul Naim Che Hashim), Thiago Junior de
Aquino, Mohamad Nasir Basharuddin (Baddrol Bakhtiar), Zah Rahan Krangar (Mohd Afif
Amiruddin), Joseph Kalang Tie (Ahmad Syamim Yahya), Azamuddin Mohd Akil
(Norshahrul Idlan Talaha), Charles Chad Souza (S. Kumaahran), Patrick
Ronaldinho Wleh (D. Christie Jayaseelan).
LIVERPOOL: Adam Bogdan,
Nathaniel Clyne (Dan Cleary), Dejan Lovren, Martin Skrtel, Divock Origi (Sheyi
Ojo), Lucas Leiva (Jordan Rossiter), Jordon Ibe, James Milner (Pedro
Chirivella), Jordan Henderson (kapten), Alberto Moreno (Joe Maguire), Adam
Lallana.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 25 Julai 2015 @ 12:39 AM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/65985#sthash.g2fY3YQB.dpuf
No comments:
Post a Comment