Ad

Saturday, 25 July 2015

Gilmar selamatkan Kelantan

ZAAIN ZIN  |  26 Julai 2015 12:40 AM
PENYERANG Kelantan, Gilmar Dos Santos Filho (kanan)  cuba melepasi
PENYERANG Kelantan, Gilmar Dos Santos Filho (kanan) cuba melepasi pertahanan Sime Darby dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu semalam. MINGGUAN/ ROSNI MASRI
KOTA BHARU - Jaringan Gilmar Dos Santos Filho, 15 minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan Ke­lantan daripada diaibkan kelab tercorot, Sime Darby apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Muhammad Ke-IV di sini, semalam.
Walaupun memulakan saingan dengan langkah kanan apabila mendahului 1-0 menerusi pemain pertaha­nan, Amiridwan Taj Tajudin seawal minit keenam, namun kebangkitan yang ditunjukkan Sime Darby hampir menghukum The Red Warriors di depan penyokong mereka sendiri.
Keputusan seri menyaksi­kan kedudukan Kelantan tidak banyak berubah apabila kekal menghuni tangga keempat tercorot menerusi 14 mata hasil daripada 14 perlawanan, manakala Sime Darby pula masih gagal mencari kemenangan sulung musim ini dan kekal di dasar carta dengan lima mata.
Dalam perlawanan semalam, tuan rumah bermula positif dengan banyak mengatur gerakan ke kubu lawan, sebelum Amiridwan yang menerima hantaran cantik Wan Zack Haikal Wan Noor berjaya meledak gol pembukaan.
Memasuki minit ke-17, Kelantan hampir menambah jaringan kedua menerusi sepakan gunting Erwin Carrillo dalam kotak penalti tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan, Redzuan Harun.
Pada ketika The Red Warriors berusaha menambah jaringan, pasukan pelawat sebaliknya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan mudah Nemanja Vidakovic pada minit ke-24 yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat untuk mengikat kedudukan 1-1.
Pada babak kedua, Sime Darby menjadi semakin garang sehingga berjaya meledakkan gol kedua pada minit ke-50 menerusi Reinaldo Da Costa yang bijak memperdayakan benteng pertahanan tuan rumah.
Sime Darby terus mengganas menerusi gandingan Reinaldo dan Didakovic, namun gagal menghasilkan jaringan, manakala usaha tuan rumah untuk mendapatkan gol penyamaan melalui Carrillo pada minit ke-64 juga tidak berhasil.
Jaringan penyamaan yang dinantikan Kelantan akhirnya tiba pada minit ke-75 menerusi penyerang import kelahiran Brazil, Gilmar apabila lambungannya melepasi jangkauan Redzuan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gilmar-selamatkan-kelantan-1.116941#sthash.K3Cw5fWB.dpuf

No comments:

Post a Comment