Ad

Friday 24 July 2015

Polis rujuk Peguam Negara supaya keterangan Justo boleh dirakam


THOMAS CHONG  |  24 Julai 2015 3:56 PM
SEPANG 24 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa Thailand supaya keterangan bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo boleh dirakamkan.
Khalid berkata, walaupun pihak Thailand pada masa ini tidak membenarkan percakapan Justo diambil pihak berkuasa Malaysia, tetapi negara itu memberi kerjasama yang baik termasuk memberi taklimat mengenai proses siasatan yang dijalankan.
Khalid berkata demikian kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebaik sahaja tiba dari Bangkok, Thailand.
Polis Thailand dilaporkan menolak permohonan Malaysia untuk soal siasat Justo berhubung isu kontroversi membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Media Thailand melaporkan ketua polis negara berkenaan, Somyot Poompunmuang telah meminta Khalid menggunakan saluran yang betul memandangkan Justo bukan warganegara Malaysia. - UTUSAN ONLINE

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-rujuk-peguam-negara-supaya-keterangan-justo-boleh-dirakam-1.116423#sthash.2mx9CTqm.dpuf

No comments:

Post a Comment