Oleh-Ahmad bin Yaakob
Penghijrahan buruh asing ke
Sabah
1.Orang Cina
Kemasukan orang Cina ke Sabah
belaku akibat galakkan darpada syarikat tembakau dan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara. Pada tahun 1880-an, ladang tembakau mula dibuka di Sabah dan hampir
semua buruhnya dibawa masuk dari China. Selain itu, perkembangan perusahaan
getah pada awal abad ke-20 juga menarik perhatian buruh asing Cina untuk datang
ke Sabah. Pada tahun 1930, terdapat 30 buah ladang getah dengan hampir separuh
tenaga buruhnya daripada orang Cina.[1]Petempatan
orang Cina berkembang sehingga munculnya bandar Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau
dan Kudat.[2]
2.Orang Indonesia
Buruh Jawa juga digalakkan
masuk ke Sabah oleh SBBU untuk bekerja di ladang tembakau dan getah.
Buruh-buruh dari Jawa tiba pada tahun 1882. Seramai 70 orang Jawa dibawa masuk
dari Singapura oleh seorang agen Kompeni, W.H.Read. Buruh Jawa dibawa ke Silam
untuk bekerja di Stesyen Percubaan Pertanian Kerajaan. Mulai tahun 1907,
pengambilan buruh dari Jawa dilakukan secara teratur apabila pihak SBBU menjalin
satu persetujuan dengan Belanda untuk mendapatkan buruh kontrak selama tiga
tahun, kesan dari perkembangan pesat perusahaan getah di Sabah.
Sebelum Perang Dunia Pertama, bilangan
buruh dari Jawa yang berhijrah ke Sabah bertambah ramai ketika perusahaan getah
berkembang pesat. Pada tahun 1911, bilangan buruh Jawa termasuk sebilangan
kecil orang Indonesia yang lain tiba di Saah berjumlah 5510 orang. Pada tahun
1921 bilangan orang Indonesia meningkat kepada 11 223 orang dan seterusnya 10
014 orang menjelang tahun1931.[3]
3.Orang India
Orang India datang ke Tanah Melayu untuk
bekerja dalam bidang pentadbiran, sokongan dan teknikal. Mereka terdiri dari
orang Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil yang ditempatkan di beberapa buah jabatan
seperti Jabatan Audit, Pelabuhan, Pos dan Telegraf, Keselamatan, Polis dan
Penjara. Mereka diambil berkhidmat sebagai kakitangan sama ada pada peringkat
pentadbiran, mahu pun pada peringkat bawahan.
Orang India dibawa masuk untuk mengisi
jawatan kerajaan di bawah pentadbiran SBBU. Keadaan ini berlaku kerana SBBU
menghadapi masalah kekurangan kakitangan akibat keengganan bangsa Eropah yang
lain berkhidmat di Sabah atas alasan negeri Sabah masih mundur. Mereka lebih
gemar dihantar berkhidmat ke Hong atau Singapura.[4]
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks
STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,148.
[2]Ong
Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3,
(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),134.
[3]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks
STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,148.
No comments:
Post a Comment