Kedatangan orang Cina secara
besar-besaran ke Tanah Melayu bermula pada abad ke-19.Pada peringkat awal,
mereka lebih tertumpu di Negeri-Negeri Selat sebelum memasuki negeri-negeri
Melayu yang lain.Kebanyakkan orang Cina berasal dari tiga buah wilayah di
Tenggara China iaitu Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Mereka tinggal di persisir
pantai dan terkenal dengan sifat keberanian
ingin mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran.[1]
Sebab-sebab penghijrahan orang Cina
1.Kesengsaraan ekonomi dan
sosial kaum tani
China mengalami pertambahan
penduduk yang pesat. Ini menjadikan keluasan tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan
pertanian semakin terhad. Keluaran pertanian yang dapat dihasilkan untuk keperluan
makanan semakin berkurangan sehingga menimbulkan masalah kebuluran. Masalah kekurangan makanan diburukkan lagi oleh rencana
alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang sering melanda China. Bencana
alam ini telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda serta
mengakibatkan sebahagian besar keluaran pertanian yang dihasilkan turut musnah.
Akibat pelbagai masalah sosial dan
ekonomi yang melanda, taraf hidup kaum tani semakin merosot dan hal ini memaksa
mereka untuk berhijrah ke negara lain bagi memulakan kehidupan baharu.Kerajaan
China memberi galakan kepada rakyatnya berhijrah ke negara lain untuk mencari
kehidupan baharu yang lebih baik.
2.Ketidakstabilan politik di
Negara China.
Chinadiperintah oleh dinasti
Manchu dari tahun 1644-l9ll.Orang Manchu bukan orang Cina yang sebenar. Mereka
pemerintah asing yang berjaya menakluki dan memerintah China Semasa
pemerintahan dinasti Manchu, pemberontakan dan kekacauan sering berlaku akibat
perasaan tidak puas hati rakyat seperti Pemberontakan Thiping (1850-1964) dan
Pemberontakan Boxer (1899-1900). Setiap kali pemberontakan dan kekacauan tercetus,
ribuan nyawa yang menjadi korban.Walaupun semua pemberontakan itu dapat
ditumpaskan, tetapi keadaan politik dalam negeri sentiasa tidak stabil dan
rakyat hidup dalam ketakutan. Keadaan ini mendorong rakyat biasa untuk
berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.[1]
3.Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.
Perkembangan ekonomi yang pesat
dan pertapakan modal asing menjelang pertengahan abad ke-19 turut menarik minat
penghijrah China untuk berhijrah ke Thnah Melayu.Pada ketika itu, ekonomi Tanah
Melayu sedang berkembang pesat ekoran pelaburan modal British dalam perusahaan
bijih timah dan getah. Selain itu, saudagar Cina juga sudah lama bertapak di Negeri-negeri
Selat dan mereka berminat untuk melabur dalam perusahaan bijih timah dan getah.
Kehadiran pemodal asing, terutamanya
dalam perusahaan bijih timah merupakan antara faktor penting yang menjadi daya tarikan
kepada penghijrahan beramai-ramai buruh asing Cina ke Tanah Melayu menjelang
pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20.Akibat perkembangan Revolusi Perindustrian
di Britain, permintaan terhadap bijih timah semakin bertambah. Ini menyebabkan
lebih banyak lombong baharu dibuka dan semakin ramai tenaga buruh diperlukan.
Kemasukan buruh asing Cina lebih tertumpu
di kawasan yang mengusahakan kegiatan melombong bijih timah seperti Kuala Lumpur,
Thiping, Ipoh, Kampar dan Lukut. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai
pelabuhan antarabangsa turut menjadi tarikan untuk mereka berhijrah ke Tirnah
Melayu.Negeri-negeri Selat menjadi pangkalan utama kemasukan penghijrah Cina ke
negeri-negeri Melayu. Mereka bekerja dalam sektor perniagaan atau perladangan
seperti di ladang gambir, lada hitam dan tebu.
4.Kestabilan politik di Tanah Melayu.
Dasar pentadbiran British di
Thnah Melayu turut menggalakkan kemasukan buruh asing Cina. Selepas campur
tangan di negeri-negeri Melayu, British berjaya menamatkan persengketaan antara
kongsi gelap, perebutan takhta dan perang saudara seperti di Perak, Selangor
dan Sungai Ujong.Perkembangan ini dapat menyakinkan kaum Cina bahawa kestabilan
politik di negeri-negeri Melayu telah dipulihkan. Ini membawa kepada
bertambahnya bilangan buruh asing Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu.
Pada mulanya, lebih 90 peratus daripada
orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat terdiri daripada lelaki. Ini
kerana kerajaan china tidak membenarkan kaum wanita berhijrah ke luar negara.Akibatnya,
ramai lelaki Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat mengahwini wanita
tempatan. Anak cucu mereka yang dilahirkan terus menetap di sini dan mereka
dikenali sebagai 'orang Cina Selat'.Tidak lama kemudian, orang cina Selat memutuskan
hubungan mereka dengan China dan menganggap diri mereka sebagai sebahagian
daripada rakyat di Tanah Melayu' Mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan
baik dan ada yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Cara kemasukan orang Cina
1.Melalui ejen atau Sistem
Tiket Kredit.
2.Sistem pengambilan kakitangan
3.Sistem pengambilan rumah
kongsi.
[1]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia
Tenggara (1800-2000)Penggal 3 Edisi
Kemaskini, 142.
[2]ibid,144.
No comments:
Post a Comment