ASIANA.MY/HELMIDAWI - PARA
pemain negara nyata kecewa selepas mereka tumbang melalui penentuan sepakan
penalti kepada Kanada menyebabkan mereka terpaksa beraksi pada perlawanan
merebut dua tempat tercorot iaitu tempat ke-15 dan 16.
GWANGJU – Skuad bola sepak
Universiade 2015 negara terus dirundung malang apabila mencatat kekalahan
keempat di tangan Kanada semalam menyebabkan mereka sekadar mampu merebut dua
tempat tercorot pada aksi terakhir nanti.
Pada aksi di Stadium Awam
Gochang itu, skuad negara terlebih dahulu mengatasi Kanada selepas pemain
pertahanan pasukan lawan, Alex Haddad menggegarkan jaring gawang sendiri pada
minit ke-37.
Kedudukan tersebut bagaimanapun
tidak bertahan apabila penyerang Kanada, Ian Christopher Greedy meledak gol
untuk menggegarkan jaring gawang skuad negara pada minit ke-59 untuk mengikat
kedudukan.
Menyaksikan kebangkitan Kanada
menerusi gol penyamaan tersebut, para pemain skuad negara bingkas
memperkemaskan benteng pertahanan dan pada masa sama berusaha memburu jaring
untuk kembali mendahului perlawanan.
Malangnya, beberapa peluang
terhidang masih gagal disempurnakan barisan penyerang untuk menambah bilangan
gol sehingga menyebabkan perlawanan diheret ke aksi penentuan sepakan penalti.
Penyerang skuad negara, Syahrul
Izwari Ibrahim dan Kenny Palraj Davaragi berjaya menyempurnakan tugas
masing-masing, namun Muhammad Nursalam Zainal Abdin dan Nazirul Naim Che Hashim
gagal mencipta jaringan.
Skuad negara terpaksa pulang
hampa apabila mencatat satu lagi kekalahan selepas Robbie Murphy, Cody Philip
Cook, Haddad dan Greedy masing-masing berjaya mencetak gol untuk Kanada pada
aksi penalti itu.
Akibatnya, skuad negara
terpaksa meneruskan aksi terakhir berbekalkan misi untuk sekadar merebut tempat
ke-15 atau 16 selepas mencatat empat kekalahan termasuk pada perlawanan semalam
kecuali satu kemenangan ke atas Iran menerusi aksi saingan Kumpulan C.
Ketua jurulatih skuad negara,
Datuk Ong Kim Swee menyifatkan Kanada lebih ghairah untuk memburu kemenangan
dalam aksi perebutan tempat ke-13 dan ke-14 pada temasya Universiade 2015 di
Stadium Awam Gochang semalam.
Selain itu, Kim Swee menambah,
dua tonggak serangan skuad negara, Syahrul Azwari Ibrahim dan Thamil Arasu juga
gagal memanfaatkan dua peluang keemasan untuk mencetak gol pada aksi babak
kedua.
“Kanada lebih ghairah untuk
mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini (semalam). Kita ada dua peluang
untuk mendapat gol oleh Syahrul Azwari dan Thamil tetapi gagal disempurnakan.
“Saya percaya, kita mampu dapat
keputusan lebih baik jika mendapatkan gol pada separuh masa kedua,” ujar Kim
Swee selepas tamat perlawanan semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3fetabN6O
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment