Ad

Sunday 12 July 2015

TMJ lepas jawatan Presiden PBNJ

AHAD, 12 JULAI 2015 @ 6:46 PM

 
- Foto Yazit Razali KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan dengan meletakkan jawatannya selaku Presiden Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa, hari ini. Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan dalam laman Fecebook rasmi pasukan itu, JOHOR Southern Tigers oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd Fahmy Yahya. Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim dilantik selaku presiden baharu PBNJ.

       "Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi. "Untuk makluman semua, YB Datuk Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor," katanya. Begitupun, menurut kenyataan itu lagi, segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.

      "Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor," katanya. Tunku Ismail sebelum ini pernah membuat pengumuman peletakan jawatannya selaku Presiden PBNJ pada 2013 sebelum mengubah keputusannya.


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/67510

No comments:

Post a Comment