Ad

Wednesday 29 July 2015

Mohamed Apandi Peguam Negara baharu

MAISARAH SHEIKH RAHIM  |  29 Julai 2015 1:22 AM
 Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR 28 Julai - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam kenyataan memberitahu, pelantikan Moha- med Apandi dibuat bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang tamat khidmat jawatan itu atas sebab-sebab kesihatan.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memper- kenankan pelantikan Mohamed Apandi atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Abdul Gani akan terus berkhidmat kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Oktober ini. Beliau telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara.
“Saya bagi pihak kerajaan me- rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Ali, Mohamed Apandi yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang, Universiti London dan Bar-At-Law, Inner Temple London, pernah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Hakim Mahkamah Rayuan.
Kata beliau, sebelum itu, Mohamed Apandi yang pernah mengikuti pengajian di Institute of Advanced Legal Studies, London, memegang jawatan Majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan Timbalan Pendakwa Raya bagi Kelantan dan Terengganu.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mohamed-apandi-peguam-negara-baharu-1.118189#sthash.Pn8KhgOB.dpuf

No comments:

Post a Comment