AP - IMEJ yang disiarkan oleh
NASA kelmarin menunjukkan planet Pluto yang dirakam kapal angkasa New Horizons.
WASHINGTON – Kapal angkasa
milik Pentadbiran Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), New Horizons
melakukan penerbangan bersejarah menghampiri planet Pluto, kata agensi angkasa
lepas Amerika Syarikat itu kelmarin.
“Kapal angkasa kami berada
dalam keadaan baik,” kata pengurus operasi misi berkenaan, Alice Bowman yang
mengesahkan, komunikasi dengan New Horizons dibuat selepas perjalanan sejauh
4.8 bilion kilometer itu.
Kapal angkasa itu memiliki
kelajuan sekitar 49,280 kilometer sejam. New Horizons yang dijana kuasa nuklear
mencapai kemuncak misi berkenaan sekitar 13 jam lebih awal daripada yang
dijadualkan.
Kapal angkasa sebesar sebuah
piano itu mengambil masa seharian merakam gambar-gambar planet Pluto dan
bergerak secara pemanduan automatik.
Walaupun kecil, perbelanjaan
lebih AS$700 juta (RM2.66 bilion) diperlukan untuk membina kapal angkasa
berkenaan yang dilancarkan dari Cape Canaveral, Florida pada 2006. – AFP
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3g9XGRuBB
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment