Undian sukar buat beregu wanita
negara
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
VIVIAN (belakang) dan Khe Wei
bakal berdepan pasangan Fukuman-Yonao pada pusingan kedua Kejohanan Badminton
Dunia di Jakarta bulan depan.
BEREGU wanita negara, Vivian
Hoo-Woon Khe Wei bakal mengharungi laluan sukar pada Kejohanan Badminton Dunia
2015 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula 10 hingga 16 Ogos
depan.
Walaupun tampil selaku pilihan
ke-12 kejohanan, namun pasangan yang berada di ranking ke-11 dunia itu terpaksa
akur dengan undian kejohanan dunia. Ia bakal menyaksikan mereka bertemu
beregu-beregu yang konsisten sebaik sahaja memulakan kejohanan pada pusingan
kedua.
Vivian-Khe Wei mendapat bye
pada pusingan pertama kejohanan dan mereka berkemungkinan menentang pasangan
Jepun, Naoko Fukuman-Kurumi Yonao yang dilihat mempunyai kelebihan berbanding
pencabarnya pada aksi pembukaan, Ekaterina Bolotova-Evgeniya Kosetskaya dari
Rusia.
Bagaimanapun, jika mereka
berjaya menewaskan pasangan Jepun itu, pasangan kembar China, Luo Ying-Luo Yu
yang kini berada di ranking kedua dunia pula akan menjadi halangan besar untuk
Vivian-Khe Wei mara ke pusingan ketiga.
Vivian berkata, persiapan yang
rapi perlu dilakukan apabila menentang Fukuman-Yonao kerana pasangan itu pernah
menewaskan mereka pada Masters Malaysia 2015, Januari lalu.
“Memang undian yang sukar kali
ini kerana pada pusingan kedua sudah bertemu beregu Jepun yang pernah
menewaskan kami sekali sebelum ini. Saya sangat berharap boleh mencatatkan
kemenangan pada pusingan ini dahulu.
“Bagaimanapun, mengenai laluan
saya pada kejohanan dunia saya rasa kami tidak perlu terlalu memikirkannya
kerana fokus kami menentang Jepun dahulu.
“Fikir jauh-jauh pun saya rasa
tiada guna kerana jika menang dengan pasangan Jepun ini kami akan bertemu
beregu China pula,” kata Vivian.
Penyertaan ke kejohanan dunia
kali ini akan menyaksikan penampilan ketiga mereka selepas tewas awal pada
pusingan ketiga edisi 2013 dan tersingkir pada pusingan kedua tahun lalu.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3hNq6qi00
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment