Oleh Junaidi Ladjana-am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Bekas penyerang
Harimau Malaya, Rozaimi Abd Rahman, 23, parah selepas kenderaan dinaikinya
terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dan tembok di Batu 3.5 Jalan Tuaran,
di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 petang
itu, pemandu kereta jenis Honda Civic yang juga pemain Piala Presiden Sabah, Ak
Mohd Farris Mahamud, 21, turut mengalami cedera parah.
Rozaimi kini dirawat di Unit
Kecemasan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan kini sedarkan diri
manakala Farris dirawat di hospital sama masih belum sedar.
Pegawai Hubungan Awam Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin ketika
dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam
1.34 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota bersama jentera ke
lokasi.
"Bomba tiba di lokasi pada
jam 1.46 tengah hari dan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan
kedua-dua mangsa lalu dihantar ke hospital dengan ambulans," katanya.
Sementara itu, Penolong
Pengurus Pasukan Sabah Rahman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan Rozaimi
terbabit dalam kemalangan dan kini masih menerima rawatan lanjut.
Rozaimi, mula mencipta nama
pada kejohanan kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun pada 2012 apabila muncul
penjaring terbanyak dengan 10 gol, selain pernah dinobatkan 10 pemain terbaik
Asia oleh saluran sukan ESPN pada tahun sama.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:12 PM
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/62451#sthash.oAT3JDZK.dpuf
No comments:
Post a Comment