MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI DAN
ZAZALI JAMIAN | 27 Julai 2015 12:50 AM
Patrick RONALDINHO (kanan)
diasak oleh pemain Liverpool, Martin
PATRICK RONALDINHO (kanan)
diasak oleh pemain Liverpool, Martin Skrtel dan penjaga gol Adam Bogdan dalam
perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Ronaldinho memberi impak kepada skuad Pilihan Malaysia apabila menjaringkan gol
pendahuluan perlawanan. utusan/Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR - Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju bahawa skuad kebangsaan memerlukan pemain
naturalisasi andai tindakan itu mampu memberikan impak positif kepada
pembangunan bola sepak negara.
Setiausaha Agung FAM dan juga
pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, langkah itu
mungkin diambil sekiranya FAM berasakan pengambilan pemain naturalisasi mampu
meningkatkan tahap bola sepak negara dan skuad negara dapat memberi saingan di
peringkat antarabangsa selain dilakukan sebagai salah satu cara membangunkan
bola sepak negara.
“Sekiranya bagus untuk
pembangunan bola sepak apa salahnya. Kita di pihak FAM menyokong pengambilan
pemain naturalisasi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan prestasi bola
sepak negara, tetapi harus diingat pengambilan pemain itu perlu mendapat
kelulusan kerajaan.
“FAM tidak boleh
sewenang-wenangnya mengambil langkah itu dengan sendiri tanpa kelulusan pihak
kerajaan kerana yang memberi status warganegara bukan kita tetapi kerajaan.
“Pendekatan yang kini diambil
FAM adalah mengambil pemain yang mempunyai pertalian darah dari ayah, ibu,
datuk, nenek atau sebagainya seperti Junior Eldstal, Brendan Gan dan Matthew
Davies yang memudahkan kita dalam urusan membuat pasport dan kad pengenalan
sebagai warganegara Malaysia,” katanya kepada pemberita semasa majlis rumah
terbuka Aidilfitri Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di Petaling Jaya, dekat
sini semalam.
Kelmarin jurulatih skuad negara
Dollah Salleh meluahkan pandangannya bahawa kejayaan skuad Pilihan Malaysia
mempamerkan aksi meyakinkan menentang gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool
membuktikan pemain luar mampu meningkatkan prestasi skuad kebangsaan.
Ini terbukti apabila lima
pemain import dalam Liga Super dan Perdana iaitu dua penyerang Patrick
Ronaldinho dan Charles Souza Chad, dua pertahanan Vincent Bikana serta Thiago
Junior Aquino dan seorang pemain tengah Zah Rahan Krangar untuk memperkuatkan
cabaran Pilihan Malaysia dapat membantu skuad negara melakar keputusan seri 1-1
dengan The Reds.
Semua pemain itu memberi
sumbangan besar, terutama Ronaldinho yang menjaringkan gol pendahuluan manakala
kehadiran Bikana serta Thiago yang tegap menjadi penghalang utama skuad
kendalian Brendan Rodgers daripada menembusi pertahanan skuad negara.
Bagaimanapun Hamidin berkata
perkara itu perlu dibincangkan oleh exco FAM dan mendapat persetujuan sebelum
dicadangkan kepada kerajaan.
“Perkara ini perlu diperhalusi
dahulu dan mendapat persetujuan semua exco FAM. Selepas itu baru kita bawa usul
ini kepada kerajaan.
“Kalau kerajaan benarkan maka
bagus untuk bola sepak kita tetapi ditekankan di sini perkara itu bukan menjadi
keutamaan kerana kita ada banyak lagi perancangan masa panjang.
“Pembangunan akar umbi adalah
lebih mustahak dan kita ada lagi pemain naturalisasi yang ada pertalian darah
dengan negara bakal dibawa pulang. Siapa pemain itu kita akan beritahu
kemudian,” jelasnya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sokong-guna-pemain-naturalisasi-1.117377#sthash.bhE9pjDn.dpuf
No comments:
Post a Comment